Jiwang Corner :)

Ahad, 2 Oktober 2011

Jogathon Oh, Jogathon !

Assalammualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi singgah di blog saya....


Apa khabar hari ini ? Harap-harap semuanya sihat disamping menjalani kehidupan seharian mahupun tugas-tugas yang diamanahkan....

Hari ini saya nak kongsi sikit tentang program Jogathon Satu Dekad SKTM. Agak berat juga bunyinya selari dengan tugas saya sebagai 'orang kuat' dalam PIBG. Hehehe....Sebenarnya program ini PIBG SKTM anjurkan sejak sebulan yang lalu hingga 30 Oktober nanti.

Semua murid dan guru diberi sekeping kad biru untuk mengumpul dana. Sehingga hari ini dana masih belum mencukupi untuk membina dewan terbuka sekolah kami. PIBG juga turut mencadangkan untuk mengecat bangunan sekolah yang kelihatan usang. Apapun saya yakin semua warga SKTM akan terus berusaha untuk mengumpul dana tersebut.

Di sebalik kutipan  dana ini, pelbagai kisah yang boleh kita jadikan pengajaran. Kat sini saya nak kongsikan sedikit beberapa kisah anak didik saya tentang kutipan kad jogathon ini. Sebagai seorang guru, ini adalah pengalaman baru bagi saya apabila....

Saya guru biasa : Semua anak murid cikgu sihat hari ini ? Ada sesiapa yang nak serah kutipan jogathon pada cikgu ?

Murid 1 : Ada, cikgu. Tapi saya tak dapat banyak kutipan. Nanti saya kutip lagi. Boleh cikgu ?

Saya guru biasa : Boleh, nanti usaha lagi yea. Tapi jangan sampai paksa orang yang tak nak menderma. Awak serah duit kutipan itu pada saya dahulu. Kad ini awak boleh semula untuk kutipan seterusnya. Terima kasih....

Murid 1 : Sama-sama. cikgu.

Murid tersebut berlalu dari meja saya dan kembali ke tempat duduknya. Maka datang pula seorang murid 2 ke arah meja saya. Di tangannya ada kad jogathon yang berwarna biru itu. Sampai sahaja di meja saya.....

Saya guru biasa : Kamu nak serah kutipan juga yea ? Berapa ringgit yang awak dah terima ?

Murid 2 : Cikgu, bapa saya tak nak tolong kutip. Bapa saya cakap dia tak nak jadi macam pengemis.

Dengan selamba murid 2 itu berkata. Terkejut saya mendengarnya. Hati ini tiba-tiba rasa tersentuh akan kata-kata tersebut. Saya pun terdiam. Kemudian, dia menghulurkan kad itu kepada saya. Saya buka isi dalam kad itu. Terdapat 2 note RM10 yang diketip pada kad itu. Setiap ruang nama penyumbang semuanya dikosongkan.Saya hanya tersenyum memandang wajah murid 2 itu. 

Saya guru biasa : Terima kasih. Tak apa cikgu tak nak paksa supaya bapa awak menderma. Bukan cikgu yang nak guna duit itu. Sekolah nak bina dewan terbuka untuk kita. Sekurang-kurangnya awak dah tak berpanas di tapak perhimpunan.

Murid 2 : Bapa saya yang tak kutip, cikgu.

Saya guru biasa : Tak apa. Terima kasih...

Murid 2 itu terus berlalu ke tempat duduknya. Kisah itu saya kongsikan pada rakan setugas yang lain. Masing-masing turut rasa terkilan akan sikap bapa murid tersebut walaupun dia dalam golongan orang berada.

Kemudian terbit juga kisah murid 3. 

Murid 3 : Cikgu, saya dapat RM 1 sahaja. Itupun saya keluarkan dari tabung saya sendiri.

Saya guru biasa : Kenapa bapa awak tak bantu tolong buat kutipan pada saudara-mara atau rakan-rakan sekerjanya ?

Murid 3 : Bapa saya kata, kerajaan yang kena bina dewan terbuka itu untuk kita. Kenapa kita perlu keluar duit untuk itu ?

Saya guru biasa : Subhanallah.....tak apa yea. Awak beritahu pada bapa awak, kerajaan tak ada peruntukan untuk bina dewan tu. Jadi kita usahakan sendiri dan minta pada badan-badan korperat lain.

Murid 3 terus berlalu. Saya pun mengambil RM1 itu dan simpan dalam beg kutipan. Masih terngiang-ngiang di telinga saya dengan kata-kata murid 3 itu tadi.

Ini pula kisah murid 4 yang memulangkan hasil kutipannya yang melebihi RM100. Bersama-sama itu terdapat cek bernilai RM500 yang disumbangkan oleh bapanya.

Saya guru biasa : Cek ini bapa awak yang beri ke ?

Murid 4 : Yea, cikgu.

Saya guru biasa : Alhamdulillah...terima kasih yea. Baeritahu bapa awak, cikgu ucapkan terima kasih, semoga Allah murahkan rezeki bapa kamu.

Teringat pula akan seorang bapa murid dalam kalangan AJK PIBG yang menyerahkan kad Jogathonnya pada saya. Kutipannya menghampiri RM200. Dalam hati saya, " alhamdulillah "....Lagipun saya tahu bapa murid ini memang orang berada.

Tapi ada kisah di sebaliknya...

Bapa murid 1 : Cikgu, ini hasil kutipan saya. Saya tak kutip pun. Saya yang sumbangkan sendiri. Habis duit saya....

Saya guru biasa (dalam keadaan terkejut dan agak sedih) : Ye ke, encik ? Terima kasih, yea. Moga terus dimurahkan rezeki....Bapa murid itu sedikit tersenyum dan berlalu.

Yang baik kita jadikan pengajaran, 
Yang buruk kta jadikan sempadan.

Fadilat utama bersedekah ada tiga iaitu dimurahkan rezeki, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
contoh kad jogathon
Wallahulam....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan