Jiwang Corner :)

Ahad, 23 Oktober 2011

Nasi Baryani Mohd Shah Batu Pahat

Hari ini bermulanya cuti sekolah sempena sambutan Deepavali. Semua rakan-rakan telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing. Jadi, saya pun tidak ketinggalan pulang ke kampung halaman sendiri di Batu Pahat. 

Perjalanan menggunakan laluan lebuhraya hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke kampung. Semasa memandu, terfikir pula menu untuk santapan tengah hari memandangkan abah yang tinggal bersendirian ( sure tak masak ). Keluarga abang yang tinggal bersama abah telah pun pulang ke kampung mertuanya.


Akhirnya menu tengah hari dapat dikenalpasti iaitu nasi baryani Mohd Shah di Medan Selera Benteng Peserai. Lokasinya mudah sahaja iaitu berhadapan dengan Hospital Putra Batu Pahat selepas jambatan Batu Pahat. Hehehe....mungkin kalian juga pernah singgah ke sana. Rata-rata yang menikmati nasi baryani tersebut tak menyesal. Lagipun mmg telah popular di segenap lapisan masyarakat. Perghh...ayat power plak aku ni. Bukan pe, tolong promote untuk orang kampung sendiri :)


Kira-kira jam 12 tengah hari, saya pun sampai ke destinasi. Kelihatan dah ramai yang duduk makan. Berselera sungguh saya tengok mereka makan ditambah pula yang melihat ini perutnya sdg berkeroncong. Dugaan... So, saya pun berbaris menunggu giliran. 


Harga  sebungkus nasi baryani berlaukkan kambing adalah RM6.00 sementara lauk ayam pula harhanya RM5.50. Berbaloi-baloi...


Apa tunggu lagi ? Yang berhajat bolehlah singgah cuba. Sure dah duduk makan nak bungkus bawa balik. Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan