Jiwang Corner :)

Khamis, 4 Oktober 2012

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kokurikulum 2012





Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang.

Diminta hadirin dan hadirat berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor dan ke Puncak Jaya.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Semua dijemput duduk di tempat masing-masing.

Bismillahhir Rahmannir Rahim...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Yang berusaha, Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang,

Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek,

Yang dihormati, Puan Rosni binti Gani, Penolong Kanan Kurikulum, Puan Hajah Rokiah binti Mat Isa, Penolang Kanan Kokurikulum, Puan Som binti Koming, Penolong Kanan Petang, Dr Hj Sabri bin Talip, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Molek, Guru-guru, AJK PIBG, murid-murid serta hadirin sekalian....

Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan,
Selamat datang kami ucapkan,
Buat semua hadirin budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.

DUET : Selamat datang ke, Majlis, Hari Anugerah Kokurikulum, SK Taman Molek...
Saya Cik Salmi binti Mohd Sharif dan saya Cik Nur Wahidah binti Jalal akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...

Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita dapat, bersama-sama berhimpun, untuk meraikan kejayaan, anak-anak kita, dalam bidang kokurikulum.

Ribuan terima kasih, diucapkan kepada, Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan semua ibu bapa kerana sudi meluangkan masa ke majlis kami.

Semoga usaha kita dalam memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah sentiasa diberkati Allah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati acara dan agenda kita pada hari ini, marilah kita semua, selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan dan hasrat, dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Ahmad Baihaki bin Zakarni tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 ( DOA )

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan seribu ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada Ustaz Ahmad Baihaki bin Zakarni, atas pimpinan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Majlis pagi ini dimulakan, dengan persembahan Silat Seni Gayung, daripada Persatuan Silat Sekolah. Persembahan silat seni ini dipimpinan  oleh Puan Siti Mustaqimah binti Abd Rahman dan Cik Sharimah binti Yusof.

( PERSEMBAHAN SILAT )

Terima kasih kepada Pasukan Seni Silat Sekolah yang telah membuat persembahan itu tadi.

Pencak silat cantik berseni,
Tersadung kaki langkah tersasar,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan tuan Guru Besar.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( UCAPAN GURU BESAR )

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin atas ucapan itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan,  persembahan Dikir Barat Bahasa Arab daripada kumpulan Auladur Muslimin. Buat pengetahuan semua, kumpulan Auladur Muslimin ini telah menjadi Johan peringkat Daerah dan telah mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri Johor baru-baru ini. Kumpulan Auladur Muslimin ini adalah di bawah pimpinan Ustazah Nurul Izzah binti Merzuki dan Ustazah Raihan binti Jaafar dibantu oleh semua guru JQaf yang lain.

( DIKIR BARAT )

Terima kasih dan ucapan tahniah atas persembahan dikir barat itu tadi.

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Kokurikulum  SK Taman Molek bagi sesi 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( UCAPAN PPD )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, dan ucapan terima kasih, kepada Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah tanda mensyukuri,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Hadirin sekalian,

Kami teruskan agenda majlis pagi ini, dengan mempersilakan, pasukan koir tahun 3 dengan lagu I’m 4U dan SKTM Inovatif. Dipersilakan.

( KOIR )

Terima kasih kepada murid-murid tahun 3, yang telah membuat persembahan itu tadi. Kumpulan koir itu, adalah di bawah pimpinan, Puan Rosmazura binti Roslyi, dibantu oleh, Puan Norziana binti Mamat, dan Encik Mohd Fauzee bin Ibrahim.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta, adalah hasil daripada, usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu, pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Justeru, setiap individu yang berjaya, sepatutnya diberi penghargaan. Dengan adanya penghargaan, ia akan menjadi pencetus semangat seseorang untuk terus berjaya.


Acara yang seterusnya adalah, penyampaian hadiah dan sijil kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

Terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Syed Sulaiman b Syed Ariffin mengiringi  Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikannya.


( PENYAMPAIAN HADIAH : RUJUK LAMPIRAN 1 )


Seterusnya anugerah Piala Wira Emas de Molek,  diberikan kepada,                       Mohd Hosaini bin Suacti. Murid ini dinobatkan sebagai murid lelaki terbaik dalam sukan. Antara penglibatan beliau dalam sukan adalah

·         mewakili negeri Johor, dalam permainan Sepak Takraw, pada tahun 2011 dan 2012,
·         mewakili daerah Pasir Gudang, dalam permainan hoki, dan bola tampar

Tahniah diucapkan....

Bagi anugerah Piala Wirawati Emas de Molek,  dijemput penerimanya                      Irda Sari binti Zainuddin. Disebabkan penglibatannya yang aktif dalam bidang sukan, murid ini telah dinobatkan sebagai, murid perempuan terbaik dalam sukan. Antara penglibatan beliau dalam sukan adalah

·         mewakili daerah Pasir Gudang dalam acara olahraga sejak tahun 2010
·         mewakili daerah Pasir Gudang dalam permainan softball
·         mewakili sekolah dalam permainan bola baling dan bola tampar

Tahniah diucapkan...

Kategori murid lelaki terbaik sahsiah dan aktif dalam kokurikulum, dengan ini dijemput, Mohd Aizat bin Abdullah untuk menerima Piala Tun Perak. Murid ini aktif melibatkan diri, dalam aktiviti seni dan budaya. Baru-baru ini pasukan beliau telah mewakili daerah Pasir Gudang ke pertandingan dikir barat Bahasa Arab ke peringkat negeri Johor.

Tahniah diucapkan...

Kategori perempuan terbaik sahsiah dan aktif dalam kokurikulum, dengan ini dijemput Nurul Aqilah binti Muslan untuk menerima Piala Tun Fatimah. Murid ini telah mewakili sekolah ke peringkat daerah Pasir Gudang dalam permainan catur.

Tahniah diucapkan...

Seterusnya diumumkan pula jurulatih terbaik sekolah, untuk itu dijemput                              Encik Mohd Fadeli bin Jaafar untuk menerima anugerah Piala Amar Diraja.

Kategori jurulatih harapan lelaki, Piala Laksamana Bentan dianugerahkan kepada, Encik Mohd Sumardi b Lamat.

Kategori jurulatih harapan perempuan, dijemput Cik Iling Frances Robert untuk menerima Piala Mahsuri.

Pihak majlis berbesar hati, untuk memberikan cenderamata, sebagai tanda penghargaan, dan ucapan terima kasih kepada, Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang, kerana telah sudi hadir, dan menyerikan acara, Majlis Hari Anugerah Kokurikulum                 SK Taman Molek bagi sesi 2012.

Dijemput Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek untuk menyempurnakan acara.

( HADIAH VIP )

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Pohon angsana menghias taman,
Daun berguguran disapa angin,
Sumbangan PIBG tidak ketinggalan,
Uniform diberi tandanya prihatin.

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan uniform kepada murid-murid yang terpilih. Terlebih dahulu dipersilakan Pn Rosni binti Gani mengiringi                    Dr Hj Sabri bin Talip untuk menyempurnakan acara.

( PENYAMPAIAN UNIFORM : LAMPIRAN 2 )
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda mata kenangan sebagai penghargaan kepada Dr Haji Sabri bin Talip.                     Dijemput Puan Rosni binti Gani untuk menyampaikannya.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Haji Sabri bin Talip.

Untuk meneruskan majlis, marilah sama-sama, kita saksikan, persembahan pergerakan kreatif. Persembahan ini merupakan, acara pertandingan antara rumah-rumah sukan, yang akan diadili, oleh para juri secara langsung.

Tanpa membuang masa, dijemput pasukan rumah....................untuk membuat persembahan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.
Hadirin sekalian,

Sukacita saya umumkan majlis berhenti rehat sebentar. Dijemput Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang diiringi oleh Guru Besar, Pen Kanan 1, Pen Kanan Kokurikulum, Pen Kanan Petang, Yang Di Pertua PIBG, AJK PIBG, dan guru-guru, ke kantin untuk menjamu selera.

Hadirin diminta dapat kembali berkumpul di sini pada jam ..........................

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Alhamdulillah, kita dapat berkumpul semula di sini. Kami teruskan agenda majlis pagi ini dengan persembahan pergerakan kreatif daripada rumah sukan .......................

Pergi sekolah di awal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabarlah menanti.

Acara seterusnya, kami umumkan penerima anugerah kehadiran penuh kokurikulum dan skuad pemantau unit uniform 2012.

Dipersilakan Puan Rozilawati binti Mat Ghaza mengiringi Puan Som binti Koming, Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan anugerah.

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 3 )

KEHADIRAN PENUH UNIFORM

1-47                 : CIK SALMI BINTI MOHD SHARIF
48- 94              : CIK WAHIDAH BINTI JALAL
95-114, 1-13   : CIK SALMI BINTI MOHD SHARIF

SKUAD PEMANTAU UNIT KOKURIKULUM – CIK WAHIDAH BINTI JALAL

Terima kasih diucapkan kepada Puan Som binti Koming atas kesudian menyempurnakan acara tadi.

Hadirin sekalian,

Kita saksikan pula pergerakan kreatif daripada rumah sukan ............................ diikuti oleh rumah sukan ........................

Terima kasih atas persembahan tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Acara diteruskan dengan anugerah kokurikulum kategori uniform lengkap.

Dipersilakan Puan Fazliaton binti mansor mengiringi ........................................................., Penolong Kanan ........................................... untuk menyampaikan anugerah.

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 4 )

·         silat -   Nurwahidah binti Jalal
·         PBSM – Salmi binti Mohd Sharif
·         Pengakap – Nurwahidah binti Jalal
·         Tunas Puteri – Salmi binti Mohd Sharif
·         Puteri Islam – Nurwahidah binti Jalal
·         TKRS – Salmi binti Mohd Sharif

Terima kasih diucapkan kepada ............................................... kerana sudi menyempurnakan acara tadi.

Hadirin sekalian,

Pertandingan pergerakan kreatif diteruskan. Mari sama-sama kita lihat persembahan daripada pasukan rumah .................................. seterusnya pasukan rumah ..............................

Terima kasih atas persembahan pergerakan kreatif itu tadi. Nampaknya persembahan daripada semua rumah sukan telah pun berakhir. Kita akan tunggu dan umumkan keputusannya pada akhir majlis ini nanti.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Terima kasih murid sekalian,
Persembahan kalian menghiburkan kami.

Melati kuntum berhias rotan,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Kokurikulum kita diteruskan,
Anugerah khas kita beri...

Dengan ini, acara majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah khas. Sebelum itu dijemput, Puan Hjh Rokiah binti Mat Isa, Pen Kanan Kokurikulum mengiringi Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin untuk menyampaikan hadiah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Anugerah Guru Beruniform Penuh, dipersilakan....

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 5 )


Seterusnya,

Penghargaan Komander Kawat Kaki, dipersilakan :

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 6 )

Anugerah Komander Terbaik, dipersilakan :

Cik Azrin Fazura binti Abd Aziz

Penghargaan jurulatih pasukan sekolah

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 7 )

Kategori pasukan terbaik sukan, dianugerahkan kepada , sukan olahraga.

Untuk itu, dijemput En Muhammad Hazizie bin Mohd Zain untuk menerima hadiah.

Penghargaan jurulatih senamrobik

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 8 )

Anugerah papan kenyataan paling kreatif

Unit Uniform : Persatuan Bulan Sabit Merah

Kelab Permainan : Kelab Sepak Takraw

Persatuan : Agama Islam

Anugerah Fail Terbaik
Persatuan Puteri Islam

Anugerah blogger paling aktif
Cik Salmi binti Mohd Sharif

Anugerah Catatan Terbaik di Facebook
En Mohd Rizam bin Sarbini
En Mohd Salimi bin Baharudin

Anugerah guru paling aktif
Puan Rosmazura binti Mohd Roslyi
Anugerah perhimpunan bulanan terbaik disandang oleh unit uniform Silat Seni. dijemput Puan Siti Mustaqimah binti Abd Rahman dan ....................................................
untuk menerima hadiah.

Cenderamata kepada hakim pertandingan pergerakan kreatif. Dipersilakan,
1
DUET

Keputusan pemenang, pertandingan pergerakan kreatif, telah ada di tangan kami. Diumumkan,

Saguhati dipersilakan .....................
Tempat ketiga dipersilakan ........................
Naib Johan jatuh kepada  ............................
Johan pertandingan pergerakan kreatif, sempena Hari Anugerah Kokurikulum 2012, disandang oleh, rumah sukan .........................................................

Sebelum mengakhiri majlis ini, saya bagi pihak majlis menjemput Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin untuk membuat cabutan bertuah antara kelas. Diminta tuan membuat 2 cabutan.

Cabutan bertuah yang pertama, dipersilakan kelas ....................
Cabutan bertuah yang kedua, dipersilakan kelas ....................

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Puan Hajah Rokiah binti Mat Isa, Pen Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar                       SK Taman Molek atas kesudian tuan menyampaikan sijil dan hadiah dalam majlis yang gilang gemilang ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan penerima hadiah. Semoga penghargaan yang diterima pada hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Hadirin sekalian,

Kata  orang  lama, 

Kok berkayuh dah sampai ke muara,
Kok berenang dah sampai ke tepian,
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Hari Anugerah Kokurikulum SK Taman Molek sesi 2012 hampir sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SK Taman Molek, saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Diminta semua hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Sekian, terima kasih...
  

11 ulasan:

  1. Thank you. :) Sangat useful. Thank you so much.

    BalasPadam
  2. terima kasih bnyk2
    ganjaran pahala buat cikgu mimi

    BalasPadam
  3. sangat bermanfaat...terima kasih....bidang terjun jd mc ni...huhuhuuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama...
      Semoga cemerlang biarpun bagai bidan terjun

      Padam
  4. TQ ...KERANA SUDI BERKONGSI ILMU...

    BalasPadam
  5. TQ cikgu mimi.. sy ambil serba sedikit apa yg dikongsi cikgu yer.
    Ustaz Ismail b. saleh SKSM

    BalasPadam
  6. mohon share yea cikgu....pantun menarik...

    BalasPadam