Tuisyen malam hari ini catat cerita baru dalam berdepan sikap negatif murid aku. Bukan aku nak memalukan sahsiah mereka tapi apa yang terlintas di hati aku ialah bagaimana didikan mereka di rumah ?
Tuisyen malam dijalankan selama dua jam dari jam 8.00 hingga 10.malam bermula hari Isnin hingga Rabu. Malam tadi giliran aku mengendalikannya. Kelas 3 dan 4 jadi sasaran. Mereka terdiri daripada murid sederhana hingga lemah.
Semasa rehat aku dikejutkan oleh pekikan dari tandas perempuan. Rupa-rupanya ada murid lelaki yang masuk ke dalam tandas itu. Ada pula yang mengendap dari belakang tandas tersebut. MasyaAllah...apa nak jadi dengan mereka ! Aku sempat menjenguk mereka maka berkeliaranlah mereka.
Aku sendiri tidak pasti apa yang mereka hajatkan. Mungkin ada kaitan dengan perkara yang berlaku pada hari persekolahan pada siang tadi. Kejadian itu menyebabkan seorang guru lelaki menampar mereka yang terlibat. Semua murid terdiam atas tindakan tersebut. Aku turut terkesima....
Waktu itu aku berada dalam kelas 4. Seorang murid lelaki pula buka cerita. " Alah cikgu....tak salah jika mereka masuk ke dalam tandas perempuan tu tadi...Kan ada si ........ Budak tu kan gedik. Patutlah kena ngendap !" Aku terdiam sambil fokus apa yang cuba dia sampaikan.
Tetiba terkejut aku murid lelaki itu berkata, " Cikgu, Si...... pernah cakap kat sorang budak laki. Kau kalau nak raba aku, boleh...Bayarlah RM100." Subhanallah...berderau aku dengar. Aku bertanya padanya semula untuk mendapatkan kepastian.
Kemudian, bercerita lagi murid itu kepada aku. " Cikgu, diorang yang gedik-gedik ni nanti masuk ke sekolah menengah, mengandung pulak !" Lagi tersentap aku mendengarnya. Dia meneruskan penceritaannya.
" Murid sekolah menengah sebelah tu cikgu ramai yang mengandung tau, cikgu, " katanya lagi. Aku tunduk rasa malu. Aku cuba nasihatkan mereka jika mereka ingin terus berada di jalan yang benar. Sesi pembelajaran diteruskan. Namun, di hati kecil aku masih terngiang-ngiang akan cerita tadi.
Ya,Allah...ampunilah aku dan murid-murid aku. Jauhilah kami dari segala maksiat yang membuatMu murka terhadap kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan