Jiwang Corner :)

Jumaat, 30 September 2011

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan (Tahap Dua)

Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan sudah, menyambut Hari Malaysia pun sudah. Jadi, SKTM tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis perasmian penutup bulan kemerdekaan pada tahun ini. Majlis dirasmikan oleh GB SKTM, Tn Syed Sulaiman b Syed Ariffin. Banyak yang dikongsikan dalam ucapannya mengimbas pengalaman arwah datuknya ketika zaman penjajah dahulu.
Kali ini, saya diberi peluang untuk mengacakan majlis. Argh....nak buat teks tu yang agak sedikit mencabar. Apapun majlis telah berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah....

Di sini, saya kongsikan sedikit aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis. Acturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian penutup oleh tuan GB, diikuti pula dengan persembahan nyanyian duet, dan mendeklamasi sajak.

Majlis diselangselikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang menyertai program sepanjang bulan kemerdekaan. Syukur, ada sahaja wakil murid kelas 4 Arif yang menjadi Johan. Rezeki atas bakat mereka juga....
 
 Persembahan duet
 Persembahan mendeklamasikan sajak 
 Nyanyian solo lagu patriotik
 Persembahan boria daripada kumpulan T Molek
 
Fatin Noorfariesya Johan Pertandingan Mewarna
Antara aksi menarik persembahan boria
Majlis diteruskan dengan persembahan boria daripada kumpulan T Molek dan nyanyian solo lagu patriotik. Persembahan boria dibimbing oleh guru muzik, Puan Nur Jamiatul Aishah dan Puan Siti Salasiah. Persembahan mereka amat menarik dan memukau perhatian semua murid. Syabas !!!

Khamis, 29 September 2011

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah ( Tahap 2 )

30 Syawal telahpun berlalu. Sedar tak sedar sudah sebulan kita menggendutkan perut dengan segala juadah raya. Lemak muncul sana sini dan mungkin dah jadi tepu. Hehehe....

Apapun syukur kerana kita masih diberi nikmat untuk terus makan. Nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan ini perlu terus dipelihara agar kita terus dapat menikmati rezeki yang ada di bumi bertuah ini.

Catatan kali ini, saya ingin kongsikan tentang kemeriahan sambutan hari raya di peringkat sekolah saya. Majlis di jalanakan pada 23 September bersamaan 25 Syawal yang lalu. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Ya'asin diiringi doa yang dibacakan oleh Ustaz Bakhtiar Effendy. Kemudian, guru dan murid-murid sama-sama marhaban untuk memeriahkan lagi majlis pd pagi tersebut.

Kali ini semua kelas tahap 2 ( 25 buah kelas ) berpeluang berkumpul di dataran De' Molek. Murid-murid lelaki nampak berseri-seri memakai baju Melayu dan murid perempuan kelihatan manis berbaju kurung dan bergaya dengan kebaya masing-masing. Cikgu pun kalah ni :)
Barisan guru perempuan berposing sebelum marhaban. Saya hanya tumpang glamour di sebelah yang glamour. Hehehe....
Uztas Rizam mengetuai marhaban. Kenapa pula Encik Poyo tdk berbaju Melayu hari itu? Kebiasaannya dialah yang paling bergaya....( jgn marah yea..)
sebahagian daripada murid lelaki
Semua murid yang membawa kuih raya meletakkan kuih masing-masing di atas meja yang disediakan. Wah...macam-macam kuih ada. Waktu ni lah semua cikgu-cikgu berkesempatan untuk mengunjungi dan menikmati kuih muih dari meja ke meja setiap kelas. 


Kali ini, saya perhatikan meja yang paling penuh dengan kuih raya ialah meja kelas 4 Aktif. Meja 4 Arif pun kalah tuhh...Bukan setakat mejanya penuh dgn pelbagai juadah, malah cikgunya juga jadi perhatian sebab agak glamour...itulah Ustazah Raihan :)
Inilah ustazah Raihan. Berposing bersama anak2 didik 4 Aktif. Kelihatan meja diorng penuh dgn pelbagai juadah tuh...Dari kuih tat sampailah ke keropok lekor pun ada.....
Cikgu Sahak pula kelihatan tersenyum simpul, almaklum wajahnya sedang dirakamkan.Hikhik....
Murid 4 Arif
Murid 6 Cekal
Cikgu Sahak ( PK HEM ) sedang menyanyikan sebuah lagu raya. Lagu pe tak ingat plak :)
Antara murid yang turut  mengambil bahagian mendendangkan lagul-lagu hari raya
Cikgu Hafhizan melepaskan gian berkaraoke sejak 2 tahun tidak berbuat demikian. 
Bakat terpendam katakan...
Murid-murid sedang menjamu selera - lontong kering
Cikgu Jamiatul Aishah dan Teacher Faridah teruja mendendangkan lagu Hari Raya. Bila cikgu muzik dah pegang mike macam tulah jadinya....hihi


Begitulah antara aktiviti sambutan hari raya peringkat SKTM pada kali ini. Harapan dan doa  agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Sekian...




Aktiviti Bulan Kemerdekaan : Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik

Hari ini baru sempat saya kongsikan tentang beberapa aktiviti yang dijalankan di sekolah sempena bulan kemerdekaan baru-baru ini.
Mohd Syahmi bin Roslan ( tempat ke-2 nyanyian solo lagu patriotik )

Antara program yang telah dijalankan adalah seperti nyayian solo lagu patriotik, mendeklamasi sajak, mewarna poster, dan kibarkan Jalur Gemilang dalam  kelas.
Fatin Noorsyahraien binti Mohd Fauzi ( peserta peringkat akhir nyanyian solo lagu patriotik )

Dikesempatan ini, kelas 4 Arif turut menyertai setiap aktiviti yang telah dianjurkan. Alhamdulillah, wakil murid kelas 4 Arif yang turut serta berjaya ke peringkat akhir dalam setiap acara yang dipertandingkan.Malah ada yang dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan tersebut.
Barisan hakim

Bagi kategori mendeklamasi sajak dan mewarna poster, kelas 4 Arif telah menjadi Johan. Nyayian solo lelaki pula mendapat tempat kedua. Semoga bakat mereka dapat diketengahkan pada masa-masa akan datang. InsyaAllah....

Selasa, 27 September 2011

PANADOL ACTIFAST @ SOLUBLE

UNTUK PENGETAHUAN,


Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www..omaQ. org

Khamis, 22 September 2011

Bajet 2012: Bonus Atau Kenaikan Gaji Untuk 1.3 Juta Kakitangan Kerajaan



 Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Sumber: Malaysian insider

Kad Pengenalan [MyKad] Rosak, boleh diperbaharui secara online


Orang ramai yang mempunyai kad pengenalan rosak kini boleh memperbaharuinya secara dalam talian (www.jpn.gov.my) apabila perkhidmatan itu mula beroperasi sepenuhnya awal bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datin Jariah Mohd Said berkata, serahan MyKad yang boleh diambil di mana-mana cawangan di seluruh negara melalui sistem itu dijangka siap selewat-lewatnya dua minggu dari tempoh permohonan kecuali sehari jika ia dibuat di Putrajaya.

“Selain kerosakan pada cip kad pengenalan, permohonan gantian melalui sistem ini juga terbuka kepada mana-mana individu yang kehilangan MyKad tidak melebihi lima kali.
“Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat melalui kad kredit di mana RM10 dikenakan sebagai caj perkhidmatan. Setakat ini, kita menerima sambutan menggalakkan iaitu sekitar 200 ke 300 permohonan terutamanya di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat tapak JPN Gopeng di Terminal Agribisnes Negara (Teman) Gopeng di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Mohd. Shukri Nawi dan Pengurus Operasi Teman, Mohamed Nasir Muda.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang masih belum mengambil serahan MyKad supaya tampil berbuat demikian kerana ia akan dilupuskan setelah 18 bulan ia dikeluarkan.

Menurut beliau, setakat ini, terdapat baki kira-kira 4,000 MyKad yang telah siap tetapi masih belum diambil oleh orang ramai di seluruh negara.
“Sekiranya seseorang itu membuat MyKad di Ipoh dan telah berpindah ke Johor Bahru, sila maklumkan kepada JPN supaya serahan MyKad boleh dibuat di cawangan sana,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Jariah berkata, JPN juga telah mula melaksanakan pendaftaran perkahwinan untuk bukan Islam pada hujung minggu bagi kemudahan di luar waktu pejabat.

“Melalui langkah itu, orang ramai boleh mengatur pertemuan dengan pegawai JPN sama ada di hotel atau restoran pada hujung minggu dengan bayaran sebanyak RM500,” katanya. -

TATABAHASA : PERBEZAAN IALAH DAN ADALAH

Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri ialah .

1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt Abdullah

Kata pameri adalah digunakan di hadapan kata djektif atau kata sendi nama seperti berikut:
2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010-05-18
3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.
Namun demikian kata pameri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:
4. Keputusan penyertaan adalah bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)

Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama. 

Contohnya: 
5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

SEKOLAH KLUSTER

Latar Belakang


Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujuan

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;

• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

• Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.

• Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria Pemilihan Sekolah Kluster

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :

• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.
• Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).
• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta
• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

• Prasyarat Pertama
- Pengukuhan Standard Sekolah
• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
• Prasyarat Kedua
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah

- sm Harian : gps 4.0 dan ke bawah• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau

• GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

• Kecemerlangan murid dalam aspek :i) Akademikii) Kokurikulum

iii) Sahsiah• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti• Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan• Keberkesanan pelaksanaan program KPM

• Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;• Langkah 1: Penerimaan pencalonan• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional• Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat

• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri PelajaranPengurusan Sekolah Kluster

Pemimpin sekolah kluster ialah :• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang

• Jawatan : school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula :

• Memenuhi criteria Guru Cemerlang
• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster
• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
• Nisbah kelas : guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :

• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
• Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah

• Berpandukan

Key Performance Indicator (KPI)i) pengurusan sumber manusia dan fizikalii) sumber kewanganiii) pembangunan profesionalisme stafiv) program kurikulum dan kurikulum berkesan

v) lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah

Autonomi Sekolah :

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :• Umum (untuk semua sekolah)

• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada :

• Pematuhan piawai yang berikut:i) Akta Pendidikan 1996ii) Sistem Pendidikan Kebangsaaniii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat siaran

iv) SKPM

Senarai Bidang Autonomii) Pengurusan Sekolahii) Pengurusan Sumber Manusiaiii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikaliv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum

v) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan mmebawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar- kuat atau lemah, kaya atau miskin- mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi computer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam system pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,

Pertama, menyediakn infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi computer dan alatan berkaitan, peralatan siding video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisisna e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kurusu perlu mempamerkan cirri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.

Konsep Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran –pembelajaran , iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran –pembelajaran , akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.


Objektif Sekolah Bestari

Obkektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan terdiri daripada yang berikut:

• Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
• Mendemokrasikan pendidikan
• Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
• Memupuk perkembangan menyeluruh individu
• Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu


Syarikat Usahsama, Telekom Smart School Sdn. Bhd

Syarikat usahsama, Telekom smart school sdn. Bhd terdiri daripada (7) syarikat tempatan.
Selain itu tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa ialah seperti berikut :

• BT Multimedia (Malaysia) sdn. Bhd
• Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn.Bhd
• NIIT Malaysia Sdn Bhd

Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari

Komponen utama dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart Sdn Bhd ialah yang berikut :

• Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:

o Bahasa Melayu
o Bahas Inggeris
o Sains
o Matematik

• Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisisan untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut:

o Governan Sekolah
o Pengurusan Hal Ehwal Murid
o Pengurusan Sumber Pendidikan
o Pengurusan Kewangan
o Pengurusan Sumber Manusia
o Pengurusan Sumber Luar
o Pengurusan Kemudahan
o Pengurusan Teknologi
o Pengurusan Asrama

• Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian system dan peralatan bukan-IT

• Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut :

o Antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dan infrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan pusat Data.
o Antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,
o Antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
o Antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
o Integriti data dan persekitaran selamat
o Antara penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia.


Tempoh Projek Rintis

Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai daripada tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn Bhd.


Rancangan Masa Depan

Sungguhpun Kementerian Pendidikan Malaysia mengalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Kementerian Pendidikan sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.