SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR
Mengumumkan
ketibaan Encik Jumat bin Jaafar, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru,
diiringi barisan Penolong Kanan, dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Taman Molek.
PALUAN KOMPANG
Majlis
dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan ke Puncak Jaya. Hadirin di
minta berdiri.
LAGU BANGSA JOHOR
LAGU KE PUNCAK JAYA
Terima
kasih, semua hadirin dijemput duduk.
PERSEMBAHAN SILAT
PERSEMBAHAN ZAPIN
FARHANA BINTI
MOHD AMIN
Persembahan
silat tadi dipimpin oleh Encik Aizat bin Hassan dan Encik Muhammad Hazim Hariz
bin Mokhtar sementara persembahan Tarian Selamat Datang sebentar tadi di bawah
kelolaan Puan Marziah binti Hamzah, Puan Faulina binti Pardi, Puan Nurul
Khazirah binti Ramli dan Puan Noraini binti Salleh. Syabas dan tahniah atas
persembahan itu tadi.
SALMI BINTI
MOHD SHARIF
Bismillahhir
Rahmannir Rahim...
Yang
Berbahagia,
Encik
Jumat bin Jaafar, NYD PIBG SK Taman Molek,
Yang
dihormati,
Puan
Rosni binti Gani, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan
Soh Rosie, PK Hal Ehwal Murid,
Encik
Mohd Anuar b Ab Samad, Penolang Kanan Kokurikulum,
Puan
Suzni binti Kaulan, Penolong Kanan Petang,
Barisan
guru,
Ahli
Jawatankuasa PIBG,
anak
– anak Molek, serta hadirin sekalian.
Assalamualaikum,
salam sejahtera dan salam Muafakat Johor...
Daun
layu di tengah gurun,
Nampak
jalur pohon cemara,
Tradisi
Melayu turun temurun.
Pantun
ditutur pembuka bicara.
Selamat
datang ke, Majlis, Hari Anugerah Cemerlang, SK Taman Molek
Saya Cik Salmi binti Mohd Sharif, saya Encik Syarifuddin
bin Abu Bakar, dan saya Puan Nor Farhana binti Mohd Amin akan mengacarakan
majlis ini sehingga ke penghujungnya...
NOR FARHANA
BINTI MOHD AMIN
Hari
ini menugal jagung,
Hari
esok memetik peria;
Hari
ini kita berkampung,
Meraikan
majlis penuh ceria.
Sarung ketupat
berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Semoga majlis bertambah seri.
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Semoga majlis bertambah seri.
Terlebih
dahulu, saya ingin memanjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan kurniaNYA,
kita dapat sama-sama berhimpun pada pagi
ini, untuk meraikan kejayaan anak-anak Molek. Hari ini anak-anak Molek akan
dirai kecemerlangannya dalam tiga bidang utama proses kemenjadian murid iaitu akademik,
sahsiah dan kokurikulum.
Sesungguhnya,
kecemerlangan Anak-anak Molek membuktikan bahawa pengorbanan, kesungguhan dan
iltizam yang tinggi daripada semua pihak memberi impak yang bermakna demi
membangunkan kemajuan pendidikan di sekolah ini.
Ribuan
terima kasih diucapkan kepada, Yang Berusaha Encik Jumat bin Jaafar, AJK PIBG, dan
semua ibu bapa atas kesudian meluangkan masa untuk hadir ke majlis pada pagi
ini.
Semoga
usaha kita yang berterusan dalam memberi sokongan kepada anak-anak Molek, terus
menjadi pendorong kepada mereka, untuk
terus meraih jenama cemerlang pada masa akan datang. Mudah-mudahan usaha kita
semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin
yang di kasihi,
Bagi
memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohamad Zhahirin bin Mohamad Arshad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
ustaz.
DOA
SYARIFUDDIN BIN
ABKU BAKAR
Aamin,
Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn...
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih, kepada Ustaz Mohamad Zhahirin bin Mohamad
Arshad , atas pimpinan doa sebentar tadi.
Semoga
pertemuan kita pada pagi ini mendapat perlindungan,
Dilimpahkan
dengan seribu keberkatan,
Ditambahkan
dengan tautan kemesraan,
Serta,
berpisahnya kita nanti,
diiringi
kenangan yang mencuit perasaan.
Hadirin
sekalian,
Pencak
silat cantik berseni,
Tersadung
kaki langkah tersasar,
Majlis
kita takkan berseri,
Tanpa
ucapan wakil Guru Besar.
Majlis
diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Puan Rosni binti Gani, Penolong
Kanan Pentadbiran SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
UCAPAN PK PENTADBIRAN
SALMI BINTI MOHD
SHARIF
Terima
kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Rosni binti Gani, Penolong Kanan
Pentadbiran SK Taman Molek atas ucapan itu tadi.
Terbang
di awan burung jentayu,
Di
atas papan batang jerami;
Tampillah
tuan kami merayu,
Menyampai
ucapan kata perasmi.
Bagi
meneruskan aturcara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Berbahagia Encik Jumat bin Jaafar untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Permata Molek, SK Taman Molek sesi 2016. Majlis
mempersilakan.
PERSEMBAHAN GIMIK
Ribuan
terima kasih diucapkan kepada Encik Jumat bin Jaafar atas ucapan perasmian itu
tadi. Maka rasmilah sudah Hari Anugerah Cemerlang peringkat SK Taman Molek
tahun 2016.
Pihak
sekolah berbesar hati menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada Yang
Berbahagia Encik Jumat bin Jaafar. Dipersilakan, Puan Rosni binti Gani untuk
menyampaikannya.
Perasmian
sudah persembahan pun sudah,
Tibalah
masa sampaikan hadiah.
Sebelum
majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada
.................................................................................
Dipersilakan.
PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1 – CORAL SPEAKING
PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1 – CORAL SPEAKING
NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN
Terima kasih
kepada Anak-anak Molek Tahap 1 atas persembahan sebentar tadi. Persembahan coral
speaking itu tadi adalah di bawah bimbingan Encik Abd Razak bin Abd Kadir, Puan
Dayang Nadiah bt Abang Abd Salam, dan Puan Rosmazura binti Roslyi.
Syabas, atas persembahan yang
menarik itu tadi.
Berkebaya
batik berwarna merah,
Diserikan
pula permata berlian,
Tibalah
masa penyampaian anugerah,
Penerima
sabar menunggu giliran.
Hadirin
sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Akademik. Majlis dengan sukacitanya menjemput
.....................................................................................
diringi ................................................ untuk menyampaikan
sijil dan hadiah kepada murid-murid cemerlang tahap 1. Majlis mempersilakan.
TERBAIK DALAM
ALIRAN TAHUN 1
TERBAIK
MATAPELAJARAN TAHUN 1
SYARIFUDDIN BIN
ABU BAKAR
TERBAIK DALAM
ALIRAN TAHUN 2
TERBAIK
MATAPELAJARAN TAHUN 2
SALMI BINTI
MOHD SHARIF
TERBAIK DALAM
ALIRAN TAHUN 3
TERBAIK
MATAPELAJARAN TAHUN 3
NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN
Terima
kasih diucapkan kepada ..................................,...........................................
kerana sudi memyampaikan sijil dan hadiah kepada semua penerima. Tahniah
diucapkan kepada semua penerima hadiah.
Majlis
diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik kepada murid-murid
tahap 2. Majlis dengan sukacitanya menjemput
........................................................................................................................................
diringi ............................................................................................................
Majlis mempersilakan.
TERBAIK DALAM
ALIRAN TAHUN 4
TERBAIK
MATAPELAJARAN TAHUN 4
SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR
TERBAIK DALAM
ALIRAN TAHUN 5
TERBAIK
MATAPELAJARAN TAHUN 5
SALMI BINTI MOHD SHARIF
TERBAIK DALAM
ALIRAN TAHUN 6
TERBAIK
MATAPELAJARAN TAHUN 6
ANUGERAH BINTANG
LINUS
TOKOH AKADEMIK
LELAKI
TOKOH AKADEMIK
PEREMPUAN
TOKOH MURID LELAKI
TOKOH MURID
PEREMPUAN
NOR FARHANA
BINTI MOHD AMIN
Terima
kasih diucapkan kepada
..................................,...........................................
kerana sudi memyampaikan sijil dan hadiah kepada semua penerima. Tahniah
diucapkan kepada semua penerima hadiah.
Pergi
sekolah seawal pagi,
Melintas
jalan berhati-hati,
Penyampaian
hadiah diteruskan lagi,
Semua
penerima sabarlah menanti.
SALMI BINTI MOHD SHARIF
Hadirin
sekalian,
Selain
penilaian akademik, Anak-anak Molek turut dinilai sahsiahnya. Tuan-tuan dan
puan-puan, sesungguhnya “akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu.” Justeru, pembentukan sahsiah anak-anak perlulah diutamakan,
bak nukilan tokoh pujangga, “ kalau asal benih yang baik jatuh ke laut, menjadi
pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.”
Acara
seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Sahsiah Terbaik sepanjang tahun. Untuk
itu majlis dengan sukacitanya mempersila dan menjemput
....................................................................................................................................................
diiringi .............................................................................................................................
untuk menyempurnakan majlis. Dengan sukacitanya dipersilakan.
SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR
TERBAIK SAHSIAH
TAHUN 1
TERBAIK SAHSIAH
TAHUN 2
TERBAIK SAHSIAH
TAHUN 3
NOR FARHANA
BINTI MOHD AMIN
TERBAIK SAHSIAH
TAHUN 4
TERBAIK SAHSIAH
TAHUN 5
TERBAIK SAHSIAH
TAHUN 6
SALMI BINTI MOHD SHARIF
ANUGERAH KEHADIRAN
PENUH
TOKOH PERPADUAN
Terima
kasih diucapkan kepada ..........................................................................................
atas
kesudian menyampaikan anugerah kepada
murid-murid cemerlang sahsiah sebentar
tadi.
REHAT
·
Hadirin
sekalian, Majlis ditangguhkan untuk sesi rehat hingga jam 10.40 pagi
·
Mohon
semua hadirin bersedia di tempat duduk masing-masing. Majlis akan diteruskan
sebentar lagi.
SYARIFUDDIN BIN ABU BAKAR
Hadirin
sekalian,
Meneruskan
majlis pada pagi ini, terimalah persembahan KPop Dancer dan Tarian Zapin.
Majlis mempersilakan.
PERSEMBAHAN KPOP
DANCER & TARIAN ZAPIN
Begitulah
persembahan daripada anak-anak Molek yang cukup
membanggakan. Buat pengetahuan hadirin, persembahan KPop Dancer dan
Tarian Zapin sebentar tadi adalah dibawah pimpinan Puan Marziah binti Hamzah.
Tahniah diucapkan.
Melati
kuntum berhias rotan,
Tumbuh
melata di tepi kali,
Anugerah
cemerlang kita teruskan,
Pelajar
bertuah kita hargai.
Tuan-tuan
dan puan-puan,
Ternyata,
pihak sekolah turut tidak lupa menggilap bakat dan potensi anak-anak Molek supaya
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bakat
dan potensi Anak-anak Molek dalam bidang kokurikulum diukur melalui kecemerlangan
mereka dalam pelbagai peringkat. Pengemblengan usaha dan iltizam daripada semua
pihak dalam usaha mencungkit bakat Anak-anak Molek, ibarat menjelmakan sinar di
hujung terowong. Justeru, anak-anak Molek berpeluang melakar kemenangan
seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah mahupun negeri.
NOR FARHANA BINTI MOHD AMIN
Tanpa
melengahkan masa, kita teruskan majlis dengan acara penyampaian anugerah
cemerlang dalam bidang Kokurikulum. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput ..................................................................................................................................
diiringi .................................................................................................................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
ANUGERAH
KOKURIKULUM
Sempurna
sudah penyampaian sijil dan hadiah kepada semua murid. Terima kasih diucapkan
kepada ................................................................................
kerana sudi menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.
Tahniah
dan syabas diucapkan kepada semua penerima hadiah.
SALMI BINTI MOHD SHARIF
Hadirin
sekalian,
Hari
Anugerah Kecemerlangan Permata Molek SK Taman Molek hampir ke penghujungnya.
Bagi
pihak Ahli Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga SK Taman Molek, saya
menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan dan
keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.
Sebelum
bersurai, tirai Hari Anugerah Kecemerlangan Permata Molek ditutup dengan dua
rangkap pantun.
Ucapan
salam pengakhir kata
Segala
yang ada dikongsi bersama
Apa
yang kurang maaf dipinta
Sudilah
berkunjung di lain masa.
Tuan
puteri bertolak ke Rasah
Pulang
semula sebelah pagi
Kita
bertemu akhirnya berpisah
Diizin
Tuhan bersua lagi.
Diminta
semua hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Sekian,
terima kasih...
Assalamualaikum wbt
Nampaknya hari ini aku diapit. Grrr....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan