Jiwang Corner :)

Sabtu, 25 Januari 2014

Perbandingan Harga Kereta Jika Turun 30%

Harga kereta bakal turun 30% menjelang tahun 2017? Menurut laporan akhbar hari ini, perbezaan besar penurunan harga kereta akan berlaku conto di atas. Jika perancangan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) berjalan lancar, tidak mustahil harga kereta akan turun serendah itu. Kerajaan Malaysia melalui DAN menggalakkan pengeluar kenderaan melabur dan membuka kilang yang mengeluarkan kenderaan unit terurai (CKD) di Malaysia. Dengan cara ini, harga kereta yang ditawarkan akan lebih murah kerana ianya dikeluarkan dalam negara.
Semalam, Mitsubishi telah melancarkan kenderaan CKD model ASX dengan harga RM128,879 (berbanding hampir RM140 ribu sebelum ini). Untuk mengeluarkan model CKD, Mitsubishi melabur sebanyak RM30juta untuk membuka kilang dan tenaga kerja.Dengan menggalakkan pengeluar kereta membuka kilang di Malaysia, ianya akan dapat mengurangkan jumlah import kenderaan termasuk dari negara ASEAN. Sehingga kini, Malaysia masih mengimport sejumlah besar kenderaan.
Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa perlu tunggu sehingga 2017 baru harga turun, mengapa tidak sekarang? Terdapat beberapa sebab antaranya:
Pengeluar kenderaan memerlukan masa untuk membina kilang bagi mengeluarkan model CKD. Selain daripada Mitsubishi, HONDA juga telah membuka kilangnya yang keduanya di Melaka.
Kerajaan cuba melindungi peniaga kenderaan terpakai dengan menurunkan harga secara berperingkat. Jika penurunan harga kenderaan dibuat secara mendadak, maka peniaga kenderaan terpakai akan gulung tikar.
Sekiranya Kerajaan menurunkan harga kenderaan secara mendadak, maka pemilik kenderaan ketika ini yang masih mempunyai hutang dengan pihak bank akan mengalami kesukaran kerana susut nilai yang terlalu tinggi.

Sabtu, 18 Januari 2014

Kuliah UAI di Cahaya Baru

Petang ni aku dan sahabat bersedia untuk hadirkan diri ke kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Barakah, Kg Cahaya Baru Masai sempena majlis Maulidur Rasul. Aku agak teruja juga sebab ini adalah kali pertama aku nak ke kuliah UAI secara langsung. Alhamdulillah dapat meletakkan kereta di tempat yang selamat walaupun terpaksa menapak jauh. Tak sangka kawasan di situ agak berbukit. So, mendakilah kami kira-kira 1km. Semput juga dibuatnya :)
Sampai di masjid kelihatannya orang tersangatlah ramai. Gerai-gerai peniaga turut serta pada malam itu. Solat jemaah maghrib berkali-kali dijalankan memandangkan kapisiti ruang surau tidak mampu menampung jemaah. Apapun, syukur sebab aku dan sahabat dapat menunaikan solat maghrib dengan selesa.
UAI sampai pada jam 9.00 malam. Takde harapan nak tengok wajah UAI secara dekat. So kami duduk di padang rumput mendengar ceramah beliau. Memang tak mengantuk dan tidak kering gusi sepanjang 2 jam ceramahnya. Antara pendekatannya adalah tentang aurat, solat, fardu ain dan sunah-sunah Rasulullah.
InsyaAllah, semuanya membawa pengajaran buat kami semua.
# Kalau awak bakar tisu, kemudian tarik lembu untuk lalu di tempat api itu adakah lembu itu nak lalu? Pasti tidak...Lembu yang bodoh itu pun tau api itu panas. Manusia yang tau api neraka itu panas, tapi masih melakukan dosa, bermakna dia lebih bodoh daripada lembu. -UAI-

Rabu, 1 Januari 2014

Sesi Persekolahan Bermula

Alhamdulillah setelah cuti panjang akhir tahun, sesi persekolahan 2014 telah bermula. Tahun ini warga Johor membuka lembaran sejarah baharu kerana kami memulakan hari bekerja pada hari Ahad sama seperti negeri Kedah dan Kelantan. Perkara ini telah dititahkan oleh Sultan Johor sempena hari keputeraannya yang lalu.
Murid-murid hadir ke sekolah seperti biasa manakala murid tahun 4 melangkah ke sesi pagi. Ramai juga ibu bapa yang datang kerana masih bingung dengan jadual pendaftaran dan pembayaran keperluan pelbagai. Maklumkan tarikh persekolahan telah berubah. Apapun semuanya berjalan dengan lancar.
Tahun ini aku tidak lagi menjadi guru kelas 4 Arif mahupun Penyelaras tahun 4. Aku telah diamanahkan dengan tugas baharu iaitu sebagai Setiausaha Peperiksaan. So tugas sebagai guru kelas hanya tinggal kenangan. Aku terpaksa mengambil alih tugas SUP sebelum yang berpindah ke Terengganu. Apapun, aku terpaksa redha dengan ketentuan ini dan cuba memikul tugas baharu ini dengan sebaik mungkin. InsyaAllah...