Hah, kali ini aku nak share cerita tentang dua perkara dalam tajuk aku di atas. Secara ringkasnya, kemudahan ini membolehkan sekolah-sekolah amnya dan guru matapelajaran khususnya untuk menentukan Take-off Value (TOV) setiap murid sebelum membuat Expected Target Result (ETR) masing-masing. Di sekolah aku, tiada sistem khas untuk dapatkan nilai-nilai tertentu malah formula2 dalam paparan Mic Excel diwujudkan.
Contoh headcount -TOV & ETR. Credit untuk cikgushamsudin.blogspot.com
Untuk menulis nilai markah TOV, sekolah aku biasanya ambil daripada markah ujian akhir tahun. Itu menunjukkan kemampuan prestasi mereka pada awal tahun semasa. Berasaskan markah TOV, murid-murid dengan bimbingan guru akan menetapkan ETR masing-masing .( Waktu inilah yang aku seram sejuk. Mana taknya sasaran sekolah biasanya tinggi. Menggigil aku nak letak ETR tinggi ).
Bukannya apa, rasa bersalah akan timbul jika markah tersebut tak dapat dicapai. Murid-murid sendiri tidak yakin dengan ETR mereka. So, sebagai guru subjek aku kena yakinkan mereka. Bermulalah motivasi aku di situ...
Setelah ETR telah diputuskan kemudahan ini juga berupaya mengatur markah sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap murid akan belajar untuk mencapai sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Selepas guru-guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual Result (AR) markah AR dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Perbandingan ini bertujuan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau defisit.
Sekiranya hasil perbezaan perbandingan OTI dan AR bernilai positif, ia menunjukkan pembelajaran murid melepasi target. Sekiranya bernilai 0, bermakna mencapai target dan bernilai negatif menunjukkan tidak mencapai target.
Kemudahan ini berupaya menyenaraikan murid-murid berdefisit besar untuk memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan supaya tindakan susulan yang bersesuaian diambil dengan segera.
Guru-guru biasanya akan berusaha mengatur strategi agar murid-murid defisit ini dapat dibimbing supaya dapat berubah ke arah peningkatan dalam ujian-ujian OTI akan datang.
Thanks, sangat membantu di situ. Thanks again.
BalasPadamTq beri Info berguna
BalasPadamMudah difahami...tk
BalasPadam