Jiwang Corner :)

Ahad, 4 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11

Alhamdulillah, majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 yang dijalankan pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang diakhiri dengan aktivti cabutan bertuah.

Majlis kali ini dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang, merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Syukur aku panjatkan kerana beliau sudi datang merasmikan majlis kami sekaligus membuat serahan bantuan persekolahan RM100 kepada wakil murid tahun satu. 

Dato Seri Khaed sedang berucap

Selain itu, pihak PIBG dan sekolah turut merasa bertuah kerana beliau telah mengumumkan bantuan peruntukan RM50k kepada sekolah untuk membina bumbung terbuka. Permohonan tersebut telah disuarakan oleh pihak PIBG yang memerlukan kira-kira RM150k lagi untuk membina projek tersebut.

Semasa sesi temuramah bersama wartawan TV3, TV1 dan Astro Awani sebelum jamuan.
Dari kiri : Dr Sabri bin Talip YDP PIBG, Dato Seri Khaled Nordin dan
Tn Syed Sulaiman bin Syed Ariffin Guru Besar SKTM

Selaku Bendahari PIBG empat tahun berturut-turut akulah orang yang paling bahagia sebab jawatan aku telah diturunkan ke tangan orang lain. Bukannya apa, jika terlalu lama aku memegang jawatan tersebut, bagaimana pula peluang rakan lain untuk mencari pengalaman ? Setuju tak ? Baharulah mereka tahu bagaimana pula mengendalikan sesuatu organanisasi dengan mereka-mereka yang bukan dalam kalangan guru ? 

Sehubungan itu, jawatan ini juga pernah aku sandang selama 3 tahun semasa di sekolah pertama aku dulu. Ini membuatkan pengalaman aku mengurus wang dan mencatat akaun persatuan lebih baik dari semasa ke semasa. Mungkin ini adalah hikmahnya dalam mendapatkan ilmu. Namun dah jadi lumrah, ada masanya aku berhadapan dengan pelbagai kerenah dalam organisasi.

Hah, aku nak jugak tentang hari bertuah aku ni. Selain dapat melepaskan diri daripada jawatan Bendahari, aku turut bertuah kerana memiliki cabutan bertuah berbentuk hamper. Biasanya aku memang kurang bertuah. Jarang-jarang atau payah sekali nak memiliki cabutan bertuah. Apapun aku tetap bersyukur dengan rezeki daripada Allah walaupun ada banyak cabutan bertuah yang lebih bernilai waktu itu.
Persembahan silat

AJK PIBG menunjukkan projek pelan bumbung terbuka sekolah

Persembahan Zapin

Persembahan " Action Song "

Pentomen murid tahap 2

YDP PIBG taja jersi bolasepak sekolah memandangkan pasukan bola sepak sekolah
sering mengharumkan nama sekolah
Inilah hamper cabutan bertuah yang aku terima. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan