Jiwang Corner :)

Rabu, 21 Mac 2012

Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2012

Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012, berikut adalah berita baik kepada anda semua.


 

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:

KETERANGAN PROGRAM:

Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan
Mod Kursus: Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM

Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)
Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
-Bahasa Melayu
-Sejarah
-Satu mata pelajaran yang lain serta ;
-lulus Bahasa Inggeris
-Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon 
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

2. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

1. Sekolah Kebangsaan (SK)

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Kemaskini: 22 Mac 2012 :

Rujuk laman http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/bidang-ditawarkan.cfm untuk maklumat bidang yang ditawarkan


CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 05 April 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan