Jiwang Corner :)

Rabu, 7 September 2011

Anak-anak Didik Calon UPSR SKTM

Pejam celik, pejam celik, calon2 UPSR nampaknya tidak senang duduk memandangkan hari peperiksaan semakin hampir iaitu 13,14 dan 15 September 2011. Mudah-mudahan semua calon dapat menjawab soalan dengan tenang menjelangnya hari peperiksaan nanti.

Jika dari awal resepi kejayaan ini diamalkan, pastinya kejayaan akan  mudah dicapai dan dikecapi. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa usaha.



Bahan-bahannya : 

· 250 gm Daya usaha
· 100 gm Kesabaran
· 100 gm Keimanan
· 190 gm Keinsafan
· 150 gm Pengorbanan
· 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
· 8 sudu the rasa tanggungjawab
· 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Semoga semua anak didik di SKTM memperoleh kejayaan yang cemerlang setimpal dengan apa yang telah diusahakan. InsyaAllah...

1 ulasan:

  1. Bila anak2 didik nak duduki peperiksaan,cikgu2nya yang risau.Itulah yang lazimnya berlaku.Mudah2an semua calon UPSR dpt mjwab soalan dgn tenang dan dpermudahkan olehNYA. InsyaAllah...

    BalasPadam