Jiwang Corner :)

Sabtu, 10 September 2011

10 Perkara Penyebab Kerosakan Otak



Setiap hari apabila masuk ke kelas, terlihat ada sahaja murid yang malas, mengantuk dan tiada mood untuk belajar. Maklumlah, masuk ke kelas sebagai guru matematik. Ada murid yang suka kira-kira tapi ada jgk murid yang tidak suka kira. Apatah lagi bila di soal tentang sifir. Pastinya tidak semua murid yang menghafal walaupun telah masuk ke tahun 6.


Bagi murid-murid kelas belakang yang mungkin kurang berminat dalam bidang akademik ini, biasanya saya banyak sentuh tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekitar mereka. Ini bertujuan dapat menarik perhatian mereka kepada saya sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.


Sesetengah mereka yang belajar di kelas belakang, mereka kelihatan kurang berminat dengan subjek Matematik ini. Mereka malas untuk mengira untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang diberikan. 


Oleh itu, saya cuba kongsikan kepada mereka maklumat tentang fungsi otak dan punca kerosakan otak. Sedikit sebanyak mereka mahu mendengar cerita saya.


10 perkara yang menjadi penyebab berlakunya kerosakan pada otak:

  • Tidak Mengambil Sarapan Pagi – Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi kepada otak dan menjadikannya kurang aktif.( Perkara ini saya fokuskan kepada murid saya yang suka tidur di dalam kelas )
  • Terlebih Makan – Ia membebankan pembuluh darah otak dan melemahkan keupayaan otak. ( Perkara ini juga menyebabkan murid yang obesiti kurang minat untuk belajar mahupun melakukan aktiviti / kegiatan di sekolah )
  • Perokok – Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar menyebabkan penyakit ‘alzheimer’. ( Murid-murid sekolah rendah sepatutnya tidak mengambil rokok pada peringkat usia kanak-kanak memandangkan sel-sel dalam tubuh badan mereka belum berada diperingkat matang. Kesan jangka panjang pengambilan rokok semestinya menjejaskan sistem saraf mereka )
  • Penggunaan Gula Yang Berlebihan – Penggunaan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain itu ia juga mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  • Pencemaran Udara – Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan mengurangkan keaktifan otak.
  • Terlebih Tidur – Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi tidur yang bepanjangan boleh mengakibatkan sel otak mati.
  • Menutup Muka Ketika Tidur – Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan mengakibatkan berlaku kerosakan otak.
  • Membiarkan Otak Bekerja Semasa Tidak Sihat – Bekerja semasa kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan membawa kerosakan pada sel-sel. ( Perkara ini bukan sahaja perlu diingatkan kepada murid, malah kepada diri sendiri juga yang kadangkala terpaksa juga menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang kurang sihat )
  • Kurang Imaginasi – Berfikir adalah cara terbaik melatih otak kita. Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
  • Jarang Berfikir – Jarang berfikir boleh menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan/kecerdasan otak. ( Fakta ini yang saya selalu saya gunakan untuk memotivasikan murid-murid saya bila mereka malas untuk mengira jawapan soalan Matematik yang saya berikan )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan