Jiwang Corner :)

Isnin, 12 September 2011

Panduan Menghadapi Peperiksaan UPSR


Esok, 13 September 2011 peperiksaan UPSR bermula. Murid-murid yang menjadi harapan sekolah kelihatan berdebar-debar memandangkan inilah peperiksaan awam pertama yang akan mereka hadapi. Debaran bukan saja kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan esok, malahan guru-guru dan ibu bapa turut sama berdebar. 

Di sini, saya cuba kongsikan tips atau panduan menghadapi peperiksaan UPSR bagi calon-calon SKTM khususnya dan   calon seluruh Malaysia amnya. Panduan ini memang seringkali diingatakan kepada murid di sekolah. Apapun saya cuba imbas semula tips dan panduan ini dengan harapanapa yang cuba saya kongsikan ini dapat dijadikan panduan atau petua bermakna buat semua calon.
  1. Calon mesti tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup dan bangun dengan segar.
  2. Bangun awal pagi untuk mendirikan solat dan jangan lupa berdoa supaya Allah permudahkan untuk menjawab soalan.
  3. Mengambil sarapan pagi.
  4. Minta bapa atau penjaga hantar ke sekolah lebih awal.
  5. Calon di nasihatkan supaya jangan baca apa-apa nota atau berbincang dengan kawan-kawan sebelum masuk dewan.
  6. Tidak lupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum masuk dewan atau bilik peperiksaan.
  7. Hendaklah masuk ke dewan atau bilik peperiksaan dengan langkah kaki kanan terlebih dahulu.
  8. Duduk dengan tenang, baca doa serta tidak lupa untuk  selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  9. Jika berasa gementar, dinasihatkan untuk menarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan. Cuba ulangi sehingga hilang gementar.
  10. Pastikan calon mengisikan maklumat pada kertas jawapan.
  11. Sebelum menjawab soalan, baca arahan dengan teliti. 
  12. Yakin pada diri sendiri , " InsyaAllah, aku boleh lakukan yang terbaik "
  13. Baca solana dan jawab dengan tenang bukan dengan tergesa-gesa.
  14. Semak semula jawapan jika masih ada masa.
  15. Keluar dewan atau bilik peperiksaan dengan senyap. 
  16. Jangan berbincang dengan rakan-rakan tentang soalan yang telah dijawab malah fokus pada peperiksaan seterusnya.

SEMOGA KECEMERLANGAN MENJADI MILIK SEMUA CALON !!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan