Jiwang Corner :)

Selasa, 20 September 2011

Umur Persaraan Penjawat Awam 58 ke 60 Tahun DiKaji




Kerajaan bakal mengkaji tarikh umur persaraan kakitangan awam sekarang dari 58 tahun ke 60 tahun.Ini kerana terdapat ura-ura bahawa ada penjawat awam yang ingin bekerja lebih lama dalam perkhidmatan awam.

PUTRAJAYA 12 Sept — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, ini kerana JPA harus mengambil kira kesannya terhadap tenaga kerja baru, terutama pelajar tajaannya yang akan menamatkan pengajian.

“JPA banyak membuat tajaan kepada penuntut yang cemerlang daripada semasa ke semasa dan pada masa yang sama kita juga mengusahakan semua pelajar terbabit memperolehi pekerjaan, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta,” katanya kepada pemberita, di sini.

Mengulas lanjut, Abu Bakar yang secara peribadinya bersetuju dengan cadangan itu berkata, di negara maju umur persaraan penjawat awam adalah antara 60 dan 65 tahun.

Beliau juga berpandangan, cadangan tersebut wajar dipertimbang memandangkan Malaysia bakal menjadi negara maju dalam tempoh sembilan tahun lagi menerusi Wawasan 2020.

“Di negara maju umur bersara adalah 65,” katanya. Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu dilaksana penjawat awam akan diberi pilihan sama ada untuk bersara pada umur 58 atau 60 tahun. — Bernama

Antara alasan lain bahawa.di negara maju,umur persaraan bagi kakitangan awam mereka adalah pada umur 65 tahun.Dan mereka berpendapat,cadangan tersebut wajar dipertimbangkan,memandangkan visi kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju.

Kami pula berpendapat, umur persaraan ini diberi dalam bentuk pilihan.Ini kerana,tak semua kakitangan awam yang ingin bekerja sehingga umur 60 tahun.Dan masalah kesihatan pada umur sebegitu juga, bakal menimbulkan masalah dalam memberikan perkhidmatan memuaskan.

Apa pendapat anda pula?Sesuaikah sekiranya umur persaraan kakitangan awam dinaikkan ke umur 60 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan