Jiwang Corner :)

Khamis, 8 September 2011

Adakah kita kawan yang baik ?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Dalam kehidupan seharian, pastinya  kita mempunyai kawan samada kawan sepejabat, kawan semeja, kawan bersembang, kawan karib mahupun kawan bukan karib. Namun bukan senang nak cari kawan yang baik, dan bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.


Mari kita sama-sama renungkan sedikit perkongsian ilmu tentang watak seorang kawan yang baik...

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya,
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya,
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan...
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia, malah kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan...
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Ini disebabkan kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa...


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya,

tetapi kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang bai...
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya...
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang 
yang sempurna,

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.


Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, 
bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, 
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada 
kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan