Jiwang Corner :)

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Alhamdulillah, negara Malaysia telah menyambut hari penubuhan yang ke-48. Bersyukur sebagai rakyat Malaysia kita berada dalam keadaan aman dan makmur. Rakyat hidup bersatu padu dan pelbagai bangsa dalam istilah 1Malaysia. 
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Dipertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia .Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Doa dan harapan agar Malaysia terus mempertingkat untuk mencapai matlamat negara maju. Selamat Bercuti !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan