Jiwang Corner :)

Isnin, 15 Oktober 2012

Hari Temuduga SPP

Penantian untuk ditemuduga bagi kenaikan pangkat telah berakhir pada hari ini. Pelbagai ujian perasaan yang aku lalui sepanjang menanti masa aku masuk ke dalam bilik berhadapan dengan penemuduga.

Sesi pada tahun ini berbentuk kumpulan. Satu kumpulan ada 6 orang. Kumpulan aku terdiri daripada seorang guru lelaki dan 5 lagi guru perempuan. Dua orang merupakan Peneolong Kanan.

Satu persatu soalan diajukan. Semuanya dalam bidang berkaitan. Hati meraung menangis kesedihan kerana waktu itu nasib tidak menyebelahi aku. Kalimat astaqfirullah halazim sering terpacul dari bibir aku. Mana tidaknya, beberapa kali soalan diajukan kepada aku, ada yang tidak mampu aku menjawabnya sedangkan aku telah membacanya.

Terasa waktu itu otak aku aku bergerak perlahan. Bagaikan gear 1 sedangkan ahli yang lain bagaikan sudah menggunakan gear 4 dan 5. Ya, Allah, ampuni aku...

Sepanjang perjalanan pulang aku rasa bagaikan dunia aku kosong. Hampir mengalir airmata kerana rasa terlalu teruk semasa menghadapi sesi temuduga tadi. Ya, Allah...moga ujian dariMU tadi tetap melayakkan aku untuk lulus. 

Aku masih teringat beberapa ayat panas daripada Tuan SPP itu kepada kumpulan kami. Anataranya,      " Cikgu, saya ni tanya mengenai bidang pendidikan. Bukan bidang lain. Belum lagi tanya tentang Menteri Kabinet. Mesti cikgu tak tau. " Bila lambat menjawab soalan daripadanya, terus dia ajukan pada rakan sebelah. Katanya, " lambat ". Sepatutnya semuanya dah ada dalam kepala. Bukankah banyak soalan dah bocor daripada rakan-rakan sebelum ?" Adeh...memang mencemaskan. 

Rakan sebelah aku merupakan junior aku semasa di maktab dulu. Mujurlah kami boleh berbisik berkongsi idea. Memang mendebarkan. Maklumlah, aku ni jenis yang cepat panik juga. huhuhu...

Aku akan cuba kongsikan soalan-soalan yang berkaitan pada posting yang akan datang. InsyaAllah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan