Jiwang Corner :)

Rabu, 10 Oktober 2012

Sistem sekolah satu sesi bermula 5-10 tahun akan datang, kata Muhyiddin

GOMBAK, 10 Okt — Kerajaan akan melaksanakan sistem sekolah satu sesi dari lima ke 10 tahun dari sekarang, kata Tan Sri Muyiddin Yassin (gambar).


Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, setakat ini kira-kira 20 peratus dari 10,000 sekolah telah menggunakan sistem demikian.

“Kita mempunyai guru yang cukup untuk sistem itu, tetapi kita perlu membina lebih banyak lagi sekolah.

“Sistem ini juga memerlukan waktu persekolahan yang lebih lama,” kata Muhyiddin lagi.

Muhyiddin yang merupakan menteri pelajaran ditemuramah ketika melawat pelajar yang menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya memerlukan lebih banyak peruntukan bagi menambah bilik darjah bagi memenuhi kemasukan pelajar yang semakin meningkat.

“Seperti di dalam blueprint (pelan pendidikan) yang kita dah keluarkan baru-baru ini, kita berharap dalam satu tempoh kita akan dapat buat sebahagian besarnya sudah jadi sekolah satu sesi, caranya dengan menambah bilik darjah.

“Apabila sudah ada sekolah satu sesi, kita akan dapat memberi fokus kepada pada matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, seperti sekolah swasta.

“Buat masa sekarang ini, kita tidak boleh lakukannya kerana terdapat dua sesi dan sesi petang pula yang akan nak masuk,” katanya lagi.

Sekolah swasta misalnya tamat antara jam 3 atau 4 petang dan mereka turut menerapkan program sukan dan kokurikulum.Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad menyarankan kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tiada beban kerja berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan