Jiwang Corner :)

Ahad, 9 Oktober 2011

Aktiviti Selepas UPSR ( Siri 1 )

Minggu lepas aktiviti padat dengan latihan sukan dan acara saringan. Ini tahun pertama di sekolah saya buat acara sukan pada akhir tahun. Tak tahu lah apa nasib rumah biru pada tahun ini. Bila diperhati dan dinilai, macam takda harapan nak jadi Naib Johan seperti tahun lepas. Apatah lagi untuk jadi Johan antara 6 buah rumah sukan yang lain. huhuhu.....

Dalam kesibukan bersukan, murid-murid tahun 6 pula mengikuti aktiviti yang telah dirancangkan. Pada kali ini, murid-murid perempuan diminta membawa roti untuk membuat sandwich manakala murid lelaki pula diminta membawa alatan dan bahan untuk membuat wau.

Bagi murid perempuan, ada yang membuat sandwich sardin dan ada juga yang membuat sandwich telur. Macam-macam gaya mereka semasa proses menyiapakan sandwich tu. Entah-entah baru tuntut dari ibu masing-masing untuk buat sandwich tu. Chaiyok2x...

Proses penyediaan sandwich sardin

Bagi murid lelaki pula, mereka khusyuk membuat wau mengikut kreativiti masing-masing. Pelbagai saiz yang dapat dihasilkan. Sempat saya perhatikan ada satu kumpulan murid lelaki ini dapat menghasilkan sebuah wau yang besar dan cantik. Tahniah !!!

antara kumpulan yang sentiasa bekerjasama menghasilkan wau drpd 
kumpulan mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan