Jiwang Corner :)

Isnin, 3 Oktober 2011

Kisah di Sebuah Bank

Pagi ini saya terfikir untuk kongsikan pengalaman saya berurusan dengan sebuah bank berhampiran dengan tempat saya bertugas. Jika rakan-rakan ada pengalaman yang sama, bolehlah kongsikan bersama saya di sini.

Satu petang saya ditemani oleh seorang rakan ustazah menuju ke bank yang berkenaan. Beginilah tugas sampingan sebagai seorang guru. Bukan sahaja melakukan tugas hakiki di sekolah tetapi membuat tugas-tugas kebajikan yang diamanahkan oleh PIBG.

Sampai di bank berkenaan, saya mengambil nombor giliran dan beberapa minit kemudian, giliran saya pun sampai. Saya pun menghulur 2 beg saya kepada teller di kaunter tersebut. Waktu itu saya bawa sejumlah wang yang agak banyak. Maka, agak besarlah beg saya. Huhuhu....

Dengan riak wajah yang serius, teller berkenaan pun mengambil beg saya. Dia tanya, " dari sekolah ke ?" Kemudian, saya pun menjawab, " Ya ". Teller itu pun bangun dari tempat duduknya seraya berkata, " Kena masuk dalam ni ." Saya pun mengangguk.

Teller itu pun ke dalam pejabat di bahagian belakang. Beberapa minit saya berdiri di tepi pintu menunggu pintu itu dibuka. Kemudian teller itu muncul semula. Terdengar di gegendang telinga saya dan rakan ustazah tadi akan kata-kata teller itu, " Macam orang bodoh je bawa beg besar ni ke sana sini ".

Terkejut kami berdua. Namun kami tidak terkata apa-apa cuma terpacul pada mulut rakan ustazah, " Itu kan dah kerja dia. Kenapa nak marah-marah ?". Kemudian saya pun terus menuju ke kaunter berkenaan. Saya bertanya, " Kenapa yea? ". Teller tersebut menjawab dengan sinis, " Kena tunggu saya kira. Casher tak ada." Saya pun duduk dan terdengar pula dia menuang syiling yang saya bawa itu dengan agak kasar. 

Beberapa minit kemudian, datang seorang officer dari meja belakang membantu teller tersebut membuat kiraan duit yang telah saya asingkan itu ke mesin kira. Terdengar juga sebelum itu teller tersebut menyanyi-nyanyi seakan dia tension kena kira syiling yang saya bawa itu memandangkan tiada mesin kira syiling di bank itu.

Dalam sejam kemudian, teller tersebut memanggil saya setelah jumlahkan wang yang saya bawa. Saya lihat hasilnya tidak sama dengan yang saya tulis. Saya berkata, " tidak sama ke jumlahnya dengan apa yang saya tulis?" Dengan muka serius tanpa memandang wajah saya, dia pun berkata, " sikit je". Saya rasa seperti nak marah je. Tapi saya maksimumkan kesabaran. 

Saya rasa terkilan kerana dia tidak mengira duit itu di dalam pejabat dengan pemerhatian saya. Kekurangan duit itu agak banyak sedangkan itu adalah amanah saya. Pada awalnya saya ingat aak suruh dia kira semula tapi memandangkan mukanya yang sombong saya jadi tawar hati.Malam itu saya tidak lena tidur memandangkan jumlah duit yang diamahkan itu tidak mencukupi seperti yang telah dikira sebelum itu.

Keesokan paginya, saya pun menceritakan pengalaman itu pada rakan-rakan. Kebetulan, rakan saya berkawan baik dengan pengurus cawangan bank itu. Lalu rakan tadi terus menelefon pengurus cawangan tersebut dan menceritakan apa yang telah berlaku.

Petang itu Guru Besar menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya pengurus bank berkenaan telah menghubungi Guru Besar saya untuk mohon maaf. Guru Besar saya turut simpati dengan saya. Mujurlah dia memahami saya.

Keesokan paginya, pengurus bank tersebut datang bersama seorang pegawai lain ke sekolah saya untuk menemui Guru Besar sekolah saya. Mereka datang membawa sekaki payung bank tersebut atas dasar minta maaf. Pengeurus tersebut turut merasa kesal atas apa yang berlaku. Beliau turut mengakui teller tersebut memang ada masalah sebelum-sebelum ini dan pernah dinasihatkan olehnya. Beliau turut mengatakan yang teller tersebut mungkin akan dipindahkan ke dalam pejabat sahaja pada masa akan datang.

Harapan saya perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Bekerjalah dengan ikhlas supaya semua pelanggan berpuas hati dan sekaligus mencatat imej baik kita. Sekian....
Payung yang diberi sebagai cenderahati mohon maaf diserahkan oleh Guru Besar kepada saya sebagai kenang-kenangan. Heheehehehehe....

3 ulasan:

  1. untung lah.. dapat juga sekaki payung.. hehe..

    sebenarnya jika pihak sek berurusan dgn bank serta melibatkan jumlah wang yg banyak, sek layak mendapat priority tanpa melalui kaunter. layanannya juga lebih istimewa (dpt air mineral sebotol).

    tak tahulah pula bank apakah ini, mesin pengira syiling pun tak ada. walaubagaimanapun sabarlah yer..

    BalasPadam
  2. BR :hihihi...setuju sangat dengan kamu ! tapi nak buat macamana..dah org xnak layan kita :(

    BalasPadam
  3. Muzaffar : ngeh3x...bukan citer rekaan eh :)

    BalasPadam