Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Murid : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Guru : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Murid : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Guru : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali. Kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu itu. Selepas itu, bawa balik ke kelas.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada satu pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Guru : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Murid : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput sambil memandang semua rumput yang ada di situ. Saya cuba cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
Guru : Kemudian ?
Guru : Kemudian ?
Murid : Sampai di hujung padang , saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik. Mungkin ia ada di antara yang di belakang tadi. Tapi... cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang dapat saya petik.
Guru : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari orang lain yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang telah sayangkan kita. Cubalah setia padanya dan jujur padanya walaupun dia tiada di depan mata kita. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga apa yang telah berlalu tidak berulang lagi. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita cuba perbetulkan keadaan dgn tenang. Cuba teruskan hubungan walaupun ada perkara yang boleh menggugat perhubungan tersebut.
Ingatlah, orang yang kita sayang itulah orang yang paling cantik dan paling baik yang kita jumpa pada awalnya. Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Tetapi, jika hubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, kita mulakanlah hubungan yang baru dengan orang lain.
Sayangilah orang yang menyayangi kita dengan tulus dan ikhlas...
nice story.
BalasPadammemang susah kita nak cari yg terbaik tetapi sekurang kurangnya kita mencuba :)
kita mmg patut cuba cari yg terbaik. tp sblm jumpa yg terbaik, kita patut jadi yg terbaik tlebih dahulu :))
BalasPadam