Jiwang Corner :)

Isnin, 3 Oktober 2011

Imbas Semula : Lukisan Kejuruteraan :))

Saya yang baru berjinak-jinak berblog ni mencatat lagi. Moga semua rakan sihat-sihat belaka.  Kali ini nak kongsi cerita tentang seorang rakan yang minta bantuan untuk buat lukisan isometri. Memang saya belajar subjek LK sebelum ni. Tapi bila dah lama tak buat, bolehkah aku nie ??? Huhuhuhu....

Semalam, seorang rakan bersama suaminya datang ke rumah. Rupanya nak minta bantuan buatkan tugasannya. Almaklumlah dia sedang melanjutkan pelajarannya di IPG. Ada 3 soalan yang dia kena lukis objek itu. Bila tak tolong, jadi serba salah pula. Tambah pula nak kena hantar pada hari Selasa nanti. Jadi, saya hanya mampu berkata yang saya akan cuba tolong buatkan.

Sepetang saya cuba siapkan melukis objek itu setelah dilakar conteng. Hehehe...rasa macam tengah study juga. Mengaris sana, menggaris sinun, pusing sana, pusing sini. Mujurlah ada meja jepun yang comel itu di rumah. Peralatan melukis pun masih ada simpanan. Kalau tidak ada, maka kena beli yang baharulah si kawan tadi. Nampaknya si rakan itu betul-betul bernasib baik dapat kawan macam saya ni. Hehehehe....perasanlah pulak ek ???
Akhirnya, siap juga lukisan itu. Pagi tadi saya telah serahkan pada rakan tersebut. Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih berkali-kali. Alhamdulillah, saya telah membantu menyelesaikan masalah rakan tadi. Yeahaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan