Jiwang Corner :)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Hasad Dengki

Sifat dengki mendengki ni ibarat rencah kehidupan bagi yang hilang pedoman...

Tidak kiralah dari tukang kebun, makcik cleaner, guru, officer, pengurus, operator, pasti kita selalu mendengar ada saja yang tak puas hati dengan rakan-rakan sendiri. 

Hakikatnya dengki sesama kawan kerja ini berlaku seolah-olah perang dingin tapi jarang dilakukan secara bersemuka. Saya sendiri pernah mengalami beberapa situasi di mana pernah difitnah mahupun yang lebih teruk daripada itu pun pernah. Hanya Allah sahaja yg tahu situasi yg sebenar. Saya hanya bersabar kerana saya tahu Allah sentiasa bsama dgn orang-orang yg sabar...


Kadang-kadang saya terasa pelik juga kerana ada yang sanggup mengupah bomoh untuk   menghantar sihir kepada rakan sekerja sendiri. Itu semua kerana cemburukan kejayaan rakannya itu. Ada pula yang busuk hati sehingga rakannya itu terpaksa dipecat malah ditukarkan perkhidmatannya ke tempat lain. MasyaAllah...mereka seakan tiada iman yang kukuh. Islamkah itu ?

Seorang rakan pernah kongsikan pengalamannya apabila disantau sehingga batuk darah dan tidak boleh ke kerja. Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan, dia pulih seperti sediakala. Ada pula yang sakit kakinya dan sukar bangun untuk ke kerja. Ada juga yang terkena busung sehingga meninggal dunia ( jiran saya sendiri ). Semuanya atas dasar busuk hati, iri hari, dengki dan tamak akan harta dunia.

Justeru, sama-sama kita mengupas persoalan dengki sesama kawan. Mengapa berlakunya situasi sebegini di persekitaran kita.



Antara faktor-faktor yang menjadi penyebab sikap dengki ini adalah :

a) kawan kita yang rajin

Bila ada seorang kawan yang rajin dan bersungguh-sungguh bekerja, maka mula lah wujudnya anasir-anasir gossip Si Polan A mengata tentang kerajinan si Polan B. “Ala si Polan B tu saja tunjuk rajin mahu mengampu bos lah tu”. Walhal realitinya, si Polan B memang seorang pekerja yang baik, rajin dan bersungguh-bersungguh bekerja dan hakikatnya si Polan A yang memang kaki pengampu bos.

b) kawan mendapat lebih perhatian

Sebagai senior, memang tidak dinafikan kita lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Entah mengapa suatu ketika datang seorang pekerja baru bekerja yang muda dan berpendidikan. Dalam erti kata lain freshlah dengan semangat-semangat baru, dengan idea-idea baru yang bernas dan excited buat kerjalah. Maklumlah semangat baru kerja kan. Kalaupun mungkin dia kurang pengalaman tetapi oleh kerana dia berpendidikan dan pangkat pula lebih tinggi, maka kita yang senior ini langsung terlepas pandang. Maka bermula lah unsur dengki dalam hati kita. Bermula lah misi-misi mencari pengalaman si junior tadi.

c) kawan yang mengada-ngada

Namun ada kalanya pula, memang si kawan ini rajin, mendapat perhatian dan berpendidikan, tetapi oleh kerana terlalu dapat pujian, mula lah tu mengada-ada. Kawan yang selama ini banyak membatu kita pun, sudah tidak dipandang. Si kawan ini pun berkecil hati lah. Masalahnya pula, kalaupun mungkin si kawan ni tak kata apa-apa, kawan-kawan lain pula mula berbisik umpatan berunsurkan dengki-mendengki.

d) kawan yang tidak mahu kalah

Ini normal berlaku dalam masyarakat kita. Tak pernah senang tengok orang lain atau kawan sendiri senang. Kawan naik pangkat, kawan naik gaji, bahkan kawan tukar kereta pun boleh mewujudkan rasa dengki. Bila tengok si kawan maju ke hadapan, mula lah timbul rasa tidak senang hati, mulalah mencari-cari kelemahan si kawan itu. Contohnya bila kawan naik pangkat saja, mesti adalah yang berbisik-bisik “ala dia senang lah naik pangkat, cable kuat, tu lah naik pangkat”.

e) fanatik kumpulan sendiri

Selalu juga wujud kelompok-kelompok kumpulan dalam suasana kerja harian kita. Mungkin kumpulan A, jenis yang berkawan dengan semua orang, kumpulan B jenis yang rajin. Kumpulan C, kaki pengampu, kaki curi tulang dan kaki lepak. Mungkin tiada masalah bagi kumpulan A kerana kumpulan ini berkawan dengan semua orang. Tapi masalahnya ialah kumpulan B dan C. Kalau ada kalangan kumpulan B naik pangkatkah, mula lah kumpulan C ini menyebarkan unsur-unsur kedengkian mereka dan ahli-ahli dalam kumpulan B, pastinya akan mempertahankan ahli kumpulan mereka.

Itulah antara lima faktor yang menjadi punca mengapa terjadi rasa dengki di kalangan kawan-kawan kita di tempat kerja. Mungkin kalau dibincangkan secara ilmiah mengenai perkara ini, pasti kita akan menemuai bermacam-macam faktor yang menjadi punca kepada rasa dengki ini. Namun apa yang penting dalam era kemajuan hari ini, apa salahnya kita sama-sama maju kehadapan, tolong-menolong dan saling ingat mengingati, baru lah ia bersesuaian dengan slogan 1Malaysia. Setuju tak ?

(p/s: Jadikan amalan berbaik-baik sesama kita, kan berbaik-baik itu amalan yang mulia dari berdengki-dengki).

Tak semestinya semua org suka kita....
Tak semestinya semua org benci kita...
Tak semestinya semua org percaya kita...
Tak semestinya semua org faham kita....
Tak semestinya semua org perlukan kita...
Tak semestinya semua org ada untk kita...
Berapa banyak tak semestinya yang anda pikirkan....
yang pastinya Allah sentiasa bersama 
walau dalam apa jua keadaan diri kita.
Set diminda kita dan dihati kita semua "ALLAH always in my life"......♥♥♥



Tiada ulasan:

Catat Ulasan