Jiwang Corner :)

Ahad, 9 Oktober 2011

LDP : Pemimpin Pertengahan

Pagi Sabtu, saya menghadirkan diri ke kursus LDP. Dalam jam 7.40 pagi dah sampai ke sekolah. Kelihatan rakan guru yang sampai lebih awal drp saya sedang menikmati nasi lemak bungkus di kantin. So, saya ambillah peluang untuk makan bersama mereka. Yum,yum,yum...alhamdulillah rezeki dari Allah seawal pagi Sabtu.

Guru Besar SKTM selaku penceramah kursus LDP pada kali ini

Penceramah kursus kali ini melibatkan guru besar SKTM sendiri. Kami diberi pendedahan tentang peranan pemimpin pertengahan (middle leaders) macam kita-kita ni. Ada beberapa aktiviti yang sempat dijalankan termasuklah aktiviti telefon buruk(penyampai maklumat dari mulut ke mulut) Hehehe...dah lama tak buat aktiviti ni. Macam-macam mesej yang disampaikan oleh setiap individu hinggalah individu yang terakhir. Aktiviti tersebut menunjukkan pentingnya komunikasi supaya maklumat yang disampaikan diterima dengan tepat.



Seperti juga cerita-cerita gossip. Contohnya Si A bercerita tentang Si B yang akan berkahwin dengan anak Dato. Tetapi apabila maklumat tersebut disebar luaskan, jadilah Si B tadi akan berkahwin dengan Dato. Kan dah menyimpang jauh tu...Siapa yang harus dipersalahkan ? Huhuhu....


Aktiviti berjalan smbl tutup mata sementara seorang pemimpin memberi arahan 
kepada anak buahnya untuk sampai ke destinasi

Kita adalah pemimpin masa depan. Kalau bukan kita, siapa lagi kan? Nak jadi pemimpin, kita mestilah kena berani hadapi pelbagai kritikan. Antaranya selesaikan setiap masalah secara profesional dan jangan mudah melatah. Penampilan diri harus dijaga dan pastikan anak buah selesa di bawah pentadbiran atau arahan kerja kita. 

Selain itu, body language juga memainkan peranan penting dalam komunikasi kita dengan orang lain. Jika kita perhatikan, ada orang yang suka bercakap sambil tutup mulutnya dengan tangan. Ada pula yang berpeluk tubuh dan ada juga yang suka duduk secara terbuka  di kerusi semasa bercakap dengan seseorang. Semua gerak geri tersebut mempunyai maknanya yang tersendiri.

Sebagai pemimpin pertengahan juga, kita perlu tahu menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul secara berunding. Dalam kaedah ini, terdapat beberapa kemahiran iaitu win-win, win- loose, give & take, tukar ganti dll.

Kat sini saya cuba kongsikan video yang telah di upload oleh guru besar saya di You Tube tentang pemimpin pertengahan ni. Saksikan dan semoga bermanfaat. Sekian...



Do right things @ Do things right ???


Tiada ulasan:

Catat Ulasan