Jiwang Corner :)

Selasa, 25 Oktober 2011

Di sini Ada Rawatan Tradisional

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia....

Alhamdulillah kita dapat bertemu di alam maya ini lagi. Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2011. Nampaknya masa memang tidak pernah menunggu kita. Terkejarkah kita akan masa-masa itu ? Mungkin tidak...

Oklah, entry saya pada kali ini adalah tentang rawatan tradisional. Semalam, saya telah membawa abah ke sebuah kampung untuk mendapatkan rawatan batu karang. Sebenarnya dah lama abah mengidap batu karang ini. Tapi, maklum sahajalah batu karang ini tidak pernah habis walaupun telah keluar sebelum ini.

Sebenarnya abah telah menerima alamat seorang pengamal rawatan tradisional ini beberapa bulan yang lalu melalui seorang rakannya. Namun, disebabkan kesuntukan masa, niat untuk ke tempat itu terpaksa tertangguh. Mungkin abah sendiri hampir lupa kerana sakit akibat batu karang itu macam chipsmore ( kejap ada kejap takda. Hehehe....)

Misi saya dan abah bermula jam 8.00 pagi. Destinasi kami ialah Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian. Nama kampung ini mmg tidak asing bagi saya kerana ada rakan sekelas semasa di sekolah dahulu yang tinggal di situ. Tapi untuk sampai ke sana, memang belum pernah !

Dari Batu Pahat, pemanduan yang cermat dan berhemah ( puji diri sendiri nampaknya aku ni, padahal kekadang tak berhemah jugak ! ) menyusuri Pekan Senggarang dan Rengit. Kemudian, papan tanda menunjukkan arah Parit Betak terpapar. Itu menunjukkan pemanduan saya perlu diperlahankan. GPS pun berkata, " turn left". GPS guna mulut dan suara sendiri je la. Hehehe...


Pemanduan diteruskan hingga sampai ke Pekan Parit Betak. Tidak jauh dari pekan, kelihatan sebuah tugu berbentuk tangan yang sedang menadah berisi buah duku. Itulah mercu tanda Kg Permatang Duku selain Menara Kuala Lumpur yang dibina menuju pintu gerbang kampung mereka. 



Kampungnya memang cukup cantik dan indah dihiasi dengan lanskap di bahu jalan. Tak mustahillah jika kampung ini dinobatkan sebagai kampung contoh peringkat negeri sekaligus peringkat kebangsaan. Sultan Johor sendiri pernah sampai ke kampung ini. Memang penduduk kg ini membanggakan !


NAJIB  bersalam dengan  Ketua Kampung Permatang Duku, Pontian, Abd Samad Sikon (tiga dari kanan) selepas  dipilih memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010, di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Mohd Shafie  dan Ahmad.
NAJIB bersalam dengan Ketua Kampung Permatang Duku, Pontian, Abd Samad Sikon (tiga dari kanan) selepas dipilih memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010, di Kuala Lumpur.          ( 13.10.2010 )


foto oleh Hairul Abu Bakar
Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman sedang menjirus pokok duku yang ditanam sebelum menyampaikan anugerah desa cemerlang di kampung Permatang Duku, Benut. 
( 11 Januari 2010 )

Alhamdulillah, destinasi telah sampai. Rumah yang dituju ialah rumah Tuan Haji Ramdzan Mandir. Kalau tak silap beliau ialah imam di kampung tersebut. Nak tahu trademark rumah beliau, senang jerk....Rumahnya bersebelahan surau ke-2 di kampung itu. Nak mudah lagi, di depan rumahnya terdapat gerbang Menara Berkembar Petronas. 



Bagi mereka yang berhajat ke sana, tentu mudah untuk kenalpasti rumah beliau kan ? Ini baru cerita perjalanan, belum lagi rawatannya yg pelbagai. Menurut sumber rujukan,                       ( http://www.ktaktelecentre.my ), Tuan Haji Ramdzan Mandir juga merupakan tukang urut yang popular di seluruh Malaysia antaranya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak serta Brunei dan Indonesia. 


Beliau menjalankan perubatan tradisional sejak tahun 1943 dan mempelajari kaedah rawatan tradisional di Beijing, China. Beliau menjalankan rawatan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. 

So, nampaknya promete habis tentang kampung ini. takda kena mengena dengan saya ek. Suka-suka jerk. Perkara yang baik mesti diketengahkan. Tak gitu ? Hehehe...

Apapun, cerita lanjut tentang tujuan utama ke kampaung ini akan bersambung pada entry akan datang. Tunggu...

5 ulasan:

  1. Slm Cikgu Mimi,

    Saya tahu mungkin ia telah lama berlalu. Saya ingin bertanyakan cikgu tentang keadaan ayah cikgu selepas berubat dengan Tuan Haji Ramdzan. Kalau ayah cikgu pulih, boleh tak bagi tahu bagaimana nak ke sana. Terima Kasih. Boleh tak email jawapan cikgu ke komengsky@gmail.com

    BalasPadam
  2. As slm cg mimi bole bg no tel tn hj tu

    BalasPadam
  3. Salam cikgu, ade no fon tuan hj tu tak?

    BalasPadam
  4. NUMBER TALIFON ADA DIHUJUNG VIDEO INI. Alhamdulillah ayah saya dah cuba rawatan tu, moga dengan izin Allah boleh sembuh

    https://youtu.be/tXv8ZL8hROU

    BalasPadam