Jiwang Corner :)

Khamis, 13 Oktober 2011

Mulut Tempayan !!!

Ni lah hakikatnya manusia yang tak pernah nak berpuas hati dengan orang lain. Ada-ada je yang diorang nak kata kat kita. Bergossip lain pulak citernya. ( kena ingat untuk diri sendiri jugak ni ) 

Bila kita jadi jahat, 
ORANG akan BENCI,

Bila kita jadi baik, 

ORANG akan MELUAT pulak kat kita...


Bila kita ikut suruhan agama, 
ada orang kata kita BERLAGAK ALIM,
Bila kita langgar suruhan agama, 
orang akan kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, 
ada orang kata kita ni SKEMA sangat,
Bila kita langgar peraturan,
ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN.

Bila kita tegur dengan baik,
ada orang kata kita ni BAJET BAGUS,
Bila kita tegur dengan kasar,
ada orang kata kita ni KURANG AJAR.

Bila kita pakai sopan-sopan,
ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'
ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat,
ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir,
ada orang kata "TAK RETI NAK BAGI NASIHAT ELOK-ELOK KE ?"
Bila kita tolong buat kerja, 
ada orang kata "YG SEBOK-SEBOK NAK TOLONG BUAT KERJA ORANG LAIN NI KENAPA EK ?"
Bila kita tak tolong apa-apa,
ada orang kata "APASAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"


Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. ( Yg ni mmg betul. Nak angkat dua-dua tangan ni tanda setuju sgt )

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. Perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT.

Renungan bersama : Kita tak boleh tutup mulut orang sampai dia mati....((^_^))~
wallahulam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan