Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!
Baca berita ini semalam buat saya rasa marah sangat. Pelik benar dgn si bapa tu. Rasa nak cekik2 je si bapa tu. Nafsu apa tu namanya? Haiwan pun tak macam tu. Sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyesatkan manusia lantas menjurus manusia ke arah kemungkaran.
Melihatkan wajah kesakitan bayi itu sahaja dah buat saya rasa akan terseksanya dia menahan kesakitan. Apalah yang bayi itu tahu. Mengapa sanggup bayi itu diperlakukan sebegitu? Di mana iman sebagai seorang bapa? MasyaAllah...Moga si bapa mdapat balasan yang setimpal dan diberi petunjuk Allah. Subhanallah...
Berita lanjut
GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
Sedihnya saya tengok keadaan bayi ini. Ya, Allah pelihara dan rahmati bayi ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan