Jiwang Corner :)

Ahad, 16 Oktober 2011

melawat sekitar rumah abah

salam sejahtera semua...

Merujuk kepada perkara di atas, saya ................... ingin melaporkan aktivti saya pada hari ini. Hehehe...macam buat surat rasmi lah pulak ek.

Oklah, saya hanya nak kongsikan tentang aktiviti saya dua hari berhujung minggu di kampung. Petang semalam, selepas cuci kereta saya sempat berjalan cuci mata melihat keliling rumah abah. Banyak lagi tanaman orkid dan pokok-pokok bunga lain yang ditinggalkan oleh arwah mak. Nampaknya masih hidup subur menunjukkan abah masih siram pokok-pokok itu setiap hari.


Kemudian, terlihat pula tanaman keladi, pisang dan buah mangga di tepi rumah. Nampaknya buah mangga yang besar tu berbunga lagi. Minta-minta adalah rezeki pada kali ini. Almaklumlah, pada musim buah yang lepas, kami hanya sempat makan sebiji sahaja. Nak tau kenapa ??? Saya sendiri tak tau ke mana buah-buah itu. Sama ada di curi oleh tupai @ monyet ataupun manusia bertopengkan monyet. Huhuhu...

 Ini pokok pisang nangka yg usia berapa hari pun xpasti

 pokok keladi

rumah abah

Pokok keladi dan pisang masih baru ditanam abah. InsyaAllah, ada rezeki bolehlah makan nanti. Inilah istimewanya bila ada kampung. Dapatlah bercucuk tanam malah berbudi pada tanah. Ternampak pula pokok delima kat tepi garaj. Banyak juga putiknya. Isi dalamnya warna merah. Rasanya manis dan buah delima ini tak bermusim kot. Bila saya pulang ke kampung, pasti ada buahnya. Jom dapatkan sedikit maklumat tentang buah delima.

buah delima 


Delima kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung. Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut.Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang dimabil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

Saya pernah dengar juga, petua daripada org-org lama/tua.Kalau nak anak yang dikandung cantik manis sedap mata memandang, kena makan buah delima. Cara makannya pula, kena seulas-seulas. Kenalah bersabar ek sebab ulasnya kecil-kecil. Menurut petua itu juga, kita tak boleh kongsi dengan sesiapa masa makan buah itu walaupun seulas. Kepada yang mengandung, bolehlah cuba petua ni. Hehehe...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan