Jiwang Corner :)

Sabtu, 15 Oktober 2011

menu sempoi-sempoi rasa...

Assalammualaikum dan selamat petang kepada semua pengunjung...

Petang ni saya nak share skit tentang aktiviti pada hari ini. Awal pagi tadi, saya sempat singgah ke kubur arwah mak. Kebiasaannya apabila pulang ke kampung pasti saya akan ke kubur arwah untuk bacakan surah Yaasin.

Kemudian, saya ke pasar borong berhampiran untuk membeli sedikit lauk dan sayur-sayuran untuk di masak sebagai juadah tengah hari. Setelah siap menyiang ikan, udang, ayam,  dan sayur-sayur tadi, maka hasillah menu sempoi-sempoi rasa saya pagi hari ni. Hehehe...menu sempoi-sempoi rasa saya hari ini : ikan gelama masak sup, sayur campur-campur, sambal udang petai, ikan goreng, dan ikan kering kapak.


Agak-agaknya korang pernah tak jumpa atau makan ikan kering kapak ? Ini bukan ikan kering cap kapak tau! Tapi ikan kapak yang telah dikeringkan menjadi ikan masin. Saya tak pasti pula kalau ikan kering kapak ini hanya ada di Johor. Hehehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan