Kira-kira dua minggu lagi, murid-murid akan menduduki peperiksaan setara akhir tahun peringkat negeri Johor. Tak tahulah macam mana dengan anak-anak didik saya menjawab soalan peperiksaan itu nanti. Minggu ini mereka sibuk bersukan. Minggu depan pula cuti Deepavali seminggu. Minggu seterusnya, mengadap soalan lah nampaknya.
Kadang-kadang, saya selalu juga perhatikan kelakuan anak-anak didik saya ni menjawab. Lebih-lebih lagi kelas yang agak bijak. Mereka selalu juga jeling-jeling nak banding jawapan dia dengan rakan sebelah dia. Hehe...kadang-kadang saya buat tak tahu je la asalkan tindakan mereka tidak keterlaluan. ( macam lah kita tak pernah buat waktu sekolah dulu-dulu tu ek...huhu )
So, apa yang saya nak highlight kat sini adalah tentang gambar tuh. Tak tahu lah di mana situasi itu berlaku. Tapi kalau kita nak buat kat kelas kita sendiri boleh tak ? Siapa setuju, sila angkat tangan . ( agak-agaknya ada ke yang setuju ? ahaksss...)
baguih dok ada...aku pun nak buat lagu tu jugak la kat bebudak aku...biar padan muka depa tak leh nak tiru dah...genius betoila cikgu yang terpikir idea ni..
BalasPadamtapi adakah mereka selesa nak jawab soalan mcmtu gayanya ??? hehehe...
BalasPadam