Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua...
Hari ni saya nak citer skit tentang salah seorang murid sesi petang yang hadir ke sekolah pada sesi pagi tadi. Sebenarnya dia salah masa. Petang ni mereka ada aktiviti sukan. Mungkin kerana terlalu bersemangat nak bersukan, dia bangun awal dan ke sekolah.
Dia kelihatan menangis di bangku berhampiran pondok pengawal keselamatan. Bila PK HEM tanya , dia jawab, " Mak yang suruh datang pagi." Adehh...Nampak gayanya saya lah yang kena hantar dia pulang semula ke rumahnya memandangkan minggu ni giliran saya bertugas.
sekadar gambar hiasan
Kira-kira jam 7.30 saya menghantarnya ke rumah. Ibunya kelihatan selamba lantas mengucapkan terima kasih dari dapur sahaja. Huhuhuhu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan