Jiwang Corner :)

Rabu, 19 Oktober 2011

Apabila Silap Beri Darah :(



Rabu, 19 Oktober - Dua kakitangan perubatan digantung tugas kerana tersilap memberi darah ketika melakukan pemindahan darah di dua buah hospital baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya mempunyai protokol yang ketat dalam soal pemindahan darah dan beliau berharap agar kejadian seupama itu tidak berulang kembali.


“Kedua-dua kakitangan berkenaan digantung tugas kerana mereka tidak mengikut prosedur yang ditetapkan ketika melakukan pemindahan darah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah di Kolej Tunku Abdul Rahman pada Selasa.

Liow berkata dua kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang dan Kajang dan bukannya berpunca daripada kesilapan Pusat Darah Negara (PDN).

Beliau turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa darah yang diperolehi daripada PDN adalah ‘benar-benar selamat’ untuk digunakan dan kementeriannya akan menggunakan apa jua mekanisme untuk memastikan keselamatan dan kualiti darah yang diberikan oleh penderma.

Dalam satu kes yang dilaporkan, seorang pembantu rumah di Ipoh telah disahkan menghidap HIV positif selepas menjalani proses pemindahan darah.

Liow berkata pihak kementerian akan melakukan pemeriksaan teliti terhadap aktiviti dan prosedur perubatan yang dijalankan terhadap wanita berkenaan untuk mengenalpasti bagaimana dia memperoleh virus berkenaan.

Vun Ah Thai, 56 seorang pesakit buah pinggang disyaki menghidap penyakit HIV selepas menjalani pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan.

Bagaimanapun kelapan-lapan penderma yang telah mendermakan darah mereka kepadanya telah disahkan bebas daripada virus berbahaya berkenaan. 

Ah Thai telah menerima 18 pain darah selepas menjalani beberapa proses pemindahan darah sejak Januari lalu bagaimanapun dia telah disahkan menghidap penyakit HIV positif ketika hendak menjalani satu pembedahan kecil di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 15 Ogos lalu. 

Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi. 

Dalam perkembangan lain, Liow berkata kerajaan sedang merancang untuk membina sebuah kilang pemisahan plasma di sini pada tahun hadapan sebagai satu inisiatif dengan sektor swasta dengan kerjasama kementerian berkenaan. 

Ketika ini, Liow berkata bekalan darah di negara ini dihantar ke Australia untuk proses pemisahan. (untuk dipecahkan ke dua komponen iaitu plasma dan platelet)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan