Jiwang Corner :)

Ahad, 23 Oktober 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Johor


Semalam, 22 Oktober 2011 merupakan sambutan Hari kanak-kanak peringkat negeri Johor. Sambutan diadakan di Pendorosa Golf & Contury Club, Johor Bahru ( belakang sekolah saya je. hihihi.... )

pemandangan Pendorosa Golf & Contury Club

Apa yang nak saya kongsikan adalah tentang kumpulan pancaragam sekolah yang diundang khas untuk membuat persembahan. Tahniah saya ucapkan kepada murid-murid yang terlibat atas bimbingan cemerlang guru-guru mereka iaitu Cikgu Nur Jamiatul Aishah, Cikgu Salasiah, Cikgu Faridah dan Cikgu Noraini. Persembahan pancaragam yang cemerlang itu    mendapat pujian daripada YB. Tahniah 1000x !!!

 persembahan pancaragam



Tumpang bangga lagi, kumpulan pancaragam ini terus diundang untuk membuat persembahan. Tahniah, semoga kehebatan persembahan kalian secara langsung dapat mengharumkan nama sekolah. Turut membuat persembahan cemerlang ialah seorang murid tahun 5. Dia telah mendeklamasikan sebuah sajak dan turut mendapat tepukan gemuruh. Syabas !!!

Guru pembimbing pancaragam dari kiri Cikgu Siti Nur Jamiatul Aisyah, Cikgu Faridah, dan Cikgu Faridah. Turut serta Ustazah Norlizawati. 
( sumber gambar : facebook murid )

Info tambahan

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Objektif Sambutan


Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia. 

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan