Jiwang Corner :)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kita Yang Mana Satu ?


Saya salah seorang daripada ribuan pekerja makan gaji kat Malaysia ini.Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri selama ni. Jadi kat sini saya cuba kongsikan tentang jenis-jenis pekerja yang ada kat sekeliling kita mahupun di luar sana. 

Kadangkala kita ditugaskan berseorangan atau secara individu.Kadangkala mendapat tugas secara berkumpulan. Sebenarnya itu bergantung kepada arahan yang kita terima daripada majikan mahupun pihak pentadbir kita. Kalau di sekolah, maka kita terimalah arahan daripada Guru Besar mahupun Penolong Kanan. 

Apa yang nak saya sampaikan ni. Huhuu...macam hilang ayat pulak eh ? Oklah, sebenarnya kalau bekerja seorang memang memenatkan. Tetapi kalau tugas itu adalah bidang yang kita minat mungkin tak terasa pulak penatnya kan? Setuju tak ? 

Sebaliknya bila bekerja beramai-ramai, tapi kalau seperti bekerja seorang menyakitkan hati lah pulak kan ? Hanya orang yang tinggi kesabarannya sahaja yang laluinya dengan tenang! Bila kita bekerja berkumpulan, pelbagai perangai yg kita boleh jumpa sama ada yang boleh mempercepatkan kerja ataupun yang hanya nak melambatkan urusan... 

senang citer dalam kualiti modal insan, pekerja ni dikategorikan kepada 5 kumpulan iaitu, jenis proaktif, reaktif, pasif, hyper-aktif dan radio-aktif ? wah, banyaknyer aktif..Jom kita terjah yang mana satu kita :)

Proaktif

Melaksanakan tugasan harian tanpa kawal selia
Berwawasan dan bermotivasi tinggi 
Bekerja kuat, rajin, mencuba perkara-perkara baru dan suka untuk mempelajari 
sesuatu yg baru 
Kerana jelas dan menyedari tanggungjawab sendiri maka membuat sesuatu tanpa menungggu arahan 
Mempengaruhi org lain ke arah kebaikan 


Reaktif
Sering bersikap negatif terutama kpd perubahan dan kaedah kerja yg baru 
Apabila diserah kerja baru , seringkali memerlukan kawalselia yg rapi 
Apabila menerima arahan kerja baru, gemar menjawab , "Susahlah bosss.." 
Apabila diarah, sering menjawab , " Ah... lecehlah...! 
Macam pahat dengan tukul! Apabila disuruh baru buat! 


Pasif
Suka senang diri dan malas utk memperbaiki atau meningkatkan kompetensi diri 
Tiada keyakinan diri , idea dan pandangan baru 
Lebih suka dengan kerja yg sama hingga bertahun2 ... tak kisah! 
Tiada wawasan diri atau cita2 tinggi utk meningkat hingga naik pangkat 


Hyper-Aktif

Punyai wawasan diri yg tinggi maka sering melibatkan diri dlm pelbagai aktiviti 
Rasa diri hebat dan suka cakap lepas 
Tiada tumpuan pada satu2 aktiviti dan resah serta
mudah bosan jikalau buat kerja yg sama 

Radio-aktif
Tak berdisiplin
Tak suka mengikut aturan 
Suka ponteng dan mengular 
Menjahanamkan harta pejabat 
Gemar berbohong....tipu MC! 
Kebas wang orang ramai 
Meleceh 
Menjatuhkan maruah masyarakat 


Ehm...mana kita ya?
Muhasabahlah diri kita sendiri.....
Semua pilihan ada di tangan kita, 
bukan orang lain yg menentukannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan