Jiwang Corner :)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Salam Takziah : Raja Perempuan Muzwin Mangkat



Pagi tadi, hadir ke sekolah PK HEM mengarahkan bendera Johor dikibarkan separuh tiang. Masih tertanya-tanya pada diri sendiri, " Siapa yang mangkat ? "Malam tadi terdengar juga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dicorong radio saluran Best 104. Tapi saya tidak pasti siapa yang mangkat. Pagi tadi tiba di sekolah barulah terjawab persoalan saya itu melalui seorang rakan. 

Gambar : Raja Perempuan Muzwin bersama YMM Raja Zarith Sofiah

Al-Fatihah buat YMM Raja Perempuan Muzwin Perak iaitu bonda kepada Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah ( isteri kepada Sultan Johor ) yang mangkat  semalam. Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber : http://syukury.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan