Jiwang Corner :)

Rabu, 19 Oktober 2011

Sekitar Sukan Sekolah Kali Ke-10

Hari ini sukan sekolah telah berlangsung. Walaupun temasya ini dijalankan peringkat dalaman sahaja, namun semuanya dapat berjalan dengan lancar dan meriah. Cuaca yang redup dalam hangat ( betul ke bahasa aku ni ) tetap disyukuri memandangkan cuaca hujan sebelum ini.

Guru Besar mengiringi NYD PIBG ke astaka

Murid-murid tahap 1 dicutikan memandangkan mereka telah bersukan pada minggu lepas. Jadi, bertambah mudahlah pengurusan di padang tadi kerana murid tahap 2 sahaja yang hadir. Itupun ada juga yang tidak hadir setelah melihat masih ada baki makanan yang tinggal. 

Roti dan air kotak sponsered by PIBG

Majlis dirasmikan oleh Encik Jumat bin Jaafar selaku Naib Yang Dipertua PIBG. Dimulakan dengan paluan kompang, diikuti perbarisan tabik hormat, bacaan ikrar kejohanan, doa dan persembahan pancargam. 

 Maskot rumah Jengking. Sengat lentik !

 Anak-anak  Pak Belang berbaris

  Sang Jerung tetap gagah walaupun di darat

 Jengking nmpak sopan namun jangan diuji bisanya

 Maskot Sang Helang yang gagah

 Sang Jerung darat 

 Si Tebuan yang lentik

 Anak-anak Pak Belang kelihatan menyerang

 Si Tebuan sedang buat formasi perbarisan 

Tahun ini, pasukan rumah Jengking agak tertinggal ke belakang. Berbeza dengan pencapaian tahun lepas yang merangkul Naib Johan keseluruhan. Huhuhu...nampaknya takda rezeki peserta-peserta Jengking pada tahun ini. Apapun,  menarik nafas lega juga kerana terselamat daripada mendapat tempat terakhir. Minta maaf ye Pak Seladang, bukan niat nak perli. Hikhikhik....

Kumpulan pancaragam sekolah


Apapun tahniah diucapkan kepada pasukan Pak Belang yang menjuarai secara keseluruhan acara sukan pada tahun ini. Sang Jerung mendapat Naib Johan keseluruhan, dan perbarisan walaupun hakikatnya Sang Jerung tidak dapat bernafas tanpa air. ( tapi maskot Sang Jerung hampir lemas di padang tadi...oppsss jgn marah yea anak2 Jerung ) Si Helang gagah menduduki tempat ketiga keseluruhan, perbarisan dan hiasan khemah.

Acara 4x200m perempuan A

Acara akhir dimeriahkan lagi dengan acara 4x100m kategori guru ( 2 lelaki dan 2 perempuan ). Saya hanya memberi sokongan padu pada pasukan Jengking. Nak cuba sertai tapi dah tak upaya memandangkan stamina pun dah tak macam jadi atlit dulu-dulu ( rasa-rasanya jadi penyokong dari acara murid hingga ke acara guru tadi letihnya bagaikan lari keliling padang, tuh !!! )

Guru-guru sedang bersedia dlm acara 4 x100 m

Saya ( dua dari kiri ) dan rakan yang setia menguruskan hadiah kepada pemenang


Tempat ke- 3 hiasan khemah tercantik

Tempat ke-2 hiasan khemah tercantik

Tempat pertama hiasan khemah tercantik


Saguhati

Moga program 1Murid 1Sukan memberi manfaat kepada semua. Sekian :)

2 ulasan:

  1. MasyaAllah Lapuran yang hebat...

    BalasPadam
  2. sysalq : tq,tidak hebat mana pun hasilnya. sekadar mengisi masa yg terluang je,cikgu.

    BalasPadam