Jiwang Corner :)

Isnin, 17 Oktober 2011

Guru Dahulu vs Guru Sekarang


Hah, yang ini saya kongsikan pula tentang watak guru sebelum kita lahir berbanding guru sekarang. Dulu, ibu bapa setuju dengan pendapat guru. Tapi sekarang, ibu bapa selalu tak setuju dgn pendapat guru malah setuju dengan kata-kata anak mereka. Cikgu pula yang dimarahnya. Ada nak saman-saman pulak tuh. Hai, apa nak jadilah agaknya ??? 




GURU

dalam ajarnya ada harapan 
dalam tegurnya ada doa 
dalam marahnya ada sayang 
dalam diamnya ada bijaksana 
dalam senyumnnya ada makna 
dalam tawanya ada kisah suka duka 
dalam hati dan jiwanya ada anak bangsa 

GURU... 
kerja paling tidak glamour 
kerja paling letih bercakap 
kerja paling banyak di ancam 
kerja paling banyak stress 
NAMUN...kerja paling mulia 
kerja paling banyak pahala 
kerja paling banyak berjasa 
kerja paling banyak berjihad 
menjadi pewaris para nabi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan