Jiwang Corner :)

Selasa, 11 Oktober 2011

♥ Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ♥


Pengalaman cinta yang tak kesampaian memang menyakitkan. Tapi saya yakin setiap pertemuan yang Allah tentukan itu banyak hikmahnya. Kadang-kadang kita tak nampak pada waktu terdekat tetapi dalam jarak waktu yang agak lama baharulah kita nmpak akan hikmahNYA itu.

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih. Apatah lagi kita dibuang begitu saja... Tetapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. Kenyataan ini telah terjawab bagi pihak saya. Alhamdulillah, setiap apa yang saya rasakan dapat disembuhkan dgn bantuan Allah. Alhamdulillah... ( hujan2 ni catat touching story plak. sorry ek ...)




Di sini saya cuba kongsikan kenapa Allah temukan saya atau anda di luar sana dengan orang yang salah :

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. 

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.




Bagi yang pernah kecewa atau sedang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA...

Semoga doa-doa kita dimakbulkan olehNYA. InsyaAllah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan