Jiwang Corner :)

Sabtu, 15 Oktober 2011

berhujung minggu di kampung halaman

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke kampung halaman. Dapatlah berjumpa dengan abah, anak-anak buah, mahupun abang dan adik yang turut pulang ke kampung untuk berhujung minggu. Sebenarnya telah dua minggu saya tidak pulang ke kampung. Tugas mengatasi segalanya ekoran aktiviti pada hari Sabtu di sekolah.

Alhamdulillah...Abah sihat-sihat sahaja. Cuma skrg ni, saya lihat hidup abah agak sunyi sejak mak meninggalkan kami 10 bulan yang lalu. Pemergian arwah mak dalam usia 53 tahun memang tidak di duga. Namun, apakan daya saya untuk menghalang urusan Yang Maha Esa. Al Fatihah buat arwah mak iaitu Salamah binti Baba. Doa saya setiap hari agar roh arwah mak sentiasa dicucuri rahmat. Amin...

saat-saat terakhir bersama arwah emak di majlis perkahwinan sepupu saya di Singapura


Tiada ulasan:

Catat Ulasan