Dah baca entry sebelum ini tentang rawatan tradisional di Kampung Permatang Duku ? Jika belum, sila klik entry tersebut dan baca yea. Jika ada pengalaman lain yang nak dikongsikan, sila tinggalkan komen anda. Terima kasih...( dah macam buat pengumuman budak hilang kat pasar raya pulak, hihihihi...)
Baiklah, saya akan teruskan dengan cerita pengalaman membawa abah membuat rawatan batu karang di Kampung Permatang Duku ni. Sampai sahaja diperkarangan rumah, Tuan Haji Ramdzan menyambut kami.
Selepas menjawab salam, dia bertanya, " pernah datang sini ?" Abah pun menjawab, " belum pernah. " "Kalau belum pernah, ada apa datang ke sini ?" soalnya pula. Saya dan abah terpinga-pinga seketika.
Gambar Pintu Gerbang Menara Kembar Petronas yang diperbuat drp botol minyak masak 5kg. Sempat juga saya rakamkan.
Kemudian, dia mempelawa masuk. Abah menyatakan tujuan sebenar. " Kalau nak keluarkan batu karang kenapa datang sini ? Pergilah hospital, " tegas Haji Ramdzan. Dalam hati saya, memang macam ni ke cara dia bercakap ? Abah terdiam. Saya menyampuk sedikit sambil melihat sekitar tempat dia duduk itu. Kelihatan pelbagai jenis ubat herba yang telah dibotolkan dan beberapa bingkai gambar sijil-sijil kejayaan beliau.
" Saya takda buat rawatan buang batu karang. Saya hanya jual ubat herba. Orang yang bagitau itu pembohong je, " katanya lagi. Waktu itu, saya seakan hampir melangkah pulang. Huhuhu...
Dipendekkan cerita...
Melihatkan abah terdiam dan hanya tersenyum, beliau pun membelah sebiji limau nipis. Kemudian dia menyelak belakang baju abah di bahagian pinggang. Dia pun menyapu limau tersebut sambil bercerita pengalamannya bersama orang-orang yg datang berubat dengannya. Rupanya-rupanya atuk ni sangat peramah orangnya.
Selepas menyapu sekitar pinggang abah, atuk itu pun berkata, " sakit awak ni dah lama." Abah pun menjawab, " Ya, tapi sebelum ini ada yang dah keluar juga. Saya ambil ubat-ubat daripada produk kesihatan lain." Haji Ramdzan yang membahasakan dirinya sebagai atuk kepada saya kemudiannya mengambil sebiji telur.
Telur itu digolek-golekkan pada kedua-dua bahagian pinggan abah. Tidak lama kemudian, beliau pun memecahkan telur itu ke dalam pinggan. " Nah, cuba rasa dengan tangan kat telur yang dah dipecahkan ni. Ada tak batu tu ? " katanya. Abah pun merasa-rasa dengan jarinya pada isi telur yg telah dipecahkan dalam pinggan itu. Kelihatan sebahagian isi telur tadi 1/4 masak.
Saya hampir muntah di situ. Maklumlah, saya memang agak elergik dengan bau telur. Tiba-tiba, jari abah tersentuh batu di dalam pinggan itu. Ada 2 biji batu yg ukurannya kira-kira 0.5 cm ! Saya pun terkejut. Atuk itu berkata, " Hah, itulah batu karangnya. Dah keluar dah pun. "
Sambil itu atuk membuka buka pendaftaran pesakit yang pernah sampai ke rumahnya. Dia menyuruh saya meneliti alamat-alamat pesakit tersebut. Tidak dapat dinafikan ada yang datang dari jauh iaitu dari utara tanah air, termasuklah Sabah, Sarawak, Brunei, dan Indonesia. Menurutnya lagi buku log itu adalah buku yang ke-4. Nampaknya atuk ini memang insan hebat yg dipilih oleh Allah untuk membantu orang lain.
Alhamdulillah, batu karang abah dah keluar. Abah turut rasa pelik dan membelek-belek batu itu. Selepas membuat sumbangan, abah turut membeli 100 kapsul herba ginseng penawar batu karang daripada beliau dengan harga RM 2 sebiji. Banyak kapsul herba lain yang dijual olehnya sebagai penawar penyakit kencing manis, darah tinggi, tiroid, jantung, kanser, sukar mendapat zuriat dan banyak lagi. Kapsul-kapsul ini telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan ianya diproses oleh cucunya sendiri yg merupakan seorang doktor perubatan.
Namun, hingga sekarang saya masih rasa musykil akan kejadian terkeluarnya batu karang dari tubuh abah hanya menggunakan telur. Apapun, moga kelebihan yang Allah berikan pada atuk tersebut tidak disalahgunakan. Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah. Amin...
Sumber gambar : Pak Google
Sumber gambar : Pak Google.
Yang berkopiah itulah Tuan Haji Ramdzan yg sedang merawat pesakitnya dari Brunei.
Kepada yang mengalami masalah kesihatan berkaitan, bolehlah mendapatkan rawatan daripada beliau. Mudah-mudahan masalah kesihatan dapat diatasi. InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan