Jiwang Corner :)

Isnin, 17 Oktober 2011

Aktiviti Selepas UPSR ( Siri 2 )

Hari ini saya dilantik sebagai penyelaras program selepas UPSR bagi Panitia Kemahiran Hidup. Pada awalnya saya cadangkan untuk hasilkan barang menggunakan barang terbuang. Namun, saat akhir saya menukar aktiviti kepada projek pasang siap bekas pensil. 


 

 Bukannya tidak seronok untuk hasilkan barang menggunakan bahan-bahan terbuang, namun keadaan tidak mengizinkan. Biasanya tidak ramai yang akan membawa bahan-bahan yang hendak dibuat. 


Alhamdulillah, aktiviti dapat dijalankan dengan lancar selepas rehat murid tahun 6 tadi. Saya memberi tugasan tersebut mengikut kategori lelaki dan perempuan setiap kelas. Setiap kategori dibahagikan kepada 3 orang peserta. 


Inilah hasil kerja mereka tadi. Ada juga yang tak sempat warnakan bekas pensil tersebut. Pemarkahan akan dinilai oleh guru-guru KH lain dan hadiah akan diberikan pada majlis penutup program tahun 6 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan