Jiwang Corner :)

Ahad, 9 Oktober 2011

Makan tengah hari @ JB Catering

Selesai kursus LDP di sekolah tadi, kami beramai-ramai bergerak ke JB Katering @ Stadium Larkin. Senang je nak cari restoran ni. Memang bersebelahan betul dengan Stadium Larkin, JB. Tolong promote jugak nih :))
Sebenarnya, kami beramai-ramai ke sana sebab ada aktiviti sekolah. Bukan rombongan Cik Kiah yea. hikhik... Hakikatnya kami nak buat sedikit majlis perpisahan GPK Koko kami yang bertukar ke sekolah lain. Sekarang, unit kokurikulum sekolah kami telahpun ditadbir oleh GPK Koko yang baharu.


Majlis kami agak ringkas. Selepas ucapan Guru Besar, mantapmGPK Koko kami pula berucap. Berpantun-pantun pulak tu. Cikgu BM katakan...hihihi. Kemudian, acara diteruskan dengan penyampaian cenderamata hasil perkongsian guru-guru, panitia-panitia dan murid-murid sesi pagi dan petang.

Oklah nak sambung cerita pasal restoran JB Catering nih. Harga buffet kat JB Catering ni agak murah.Seorang hanya RM16.00. Macam-macam boleh makan. Tadi saya makan bariyani kambing. Memang sedappp... then makan pula bubur jagung, kuih-muih dan pelbagai dessert yang lain. Hehehe....macam banyak pulak saya makan. Mihun soto ada, roti jala ada, rojak, nasi putih pelbagai lauk tutut disediakan termasuk ulam-ulaman. Sampai tak larat makan lah...
air sejuk mahupun air panas pun ada...
suasana @ JB Catering

So, kalau nak cuba semua resepi di sini, singgahlah ke JB Catering ni. Pasti tak menyesal. Daaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan