Jiwang Corner :)

Selasa, 18 Oktober 2011

Raptai Sukan SKTM Kali Ke-10

Hari ini raptai penuh sukan sekolah kali ke-10. Alhamdulillah, cuaca yang redup begitu memahami kami. Terima kasih, ya Allah. Walaupun redup tapi suhunya tetap panas membuatkan hidung saya merah. Huhuhu...macam badutlah pulak :(

Acara dimulaka dgn paluan kompang menyambut tetamu VIP iaitu NYD PIBG sekolah. Kemudian diteruskan dengan acara perbarisan oleh 6 buah pasukan iaitu rumah Jengking, Jerung, Helang, Tebuan, Seladang, dan Harimau.

Pasukan kompang sekolah 

Acara perbarisan kali ini ada kelainan sedikit berbanding tahun-tahun yg lepas sebab ada formasi....tabik lah kat guru-guru yang latih tuh terutamanya pasukan Tebuan. Rumah Jerung tidak kurang hebatnya. 

Pasukan Tebuan sedang membuat formasi di depan VIP. Mood : Suka sangat  :)

Ketua pasukan bergerak ke hadapan untuk membaca ikrar

Kumpulan pancargam turut membuat persembahan dengan cemerlang. Mereka mempersembahkan beberapa buah lagu. Antaranya lagu Barakallah yang dipopularkan oleh Maher Zain. Saya suka banget !!!

Dengar cerita daripada Guru Besar tadi, kumpulan pancaragam sekolah ni dah dapat jemputan buat persembahan dalam majlis Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Sabtu ini. Akan ada bersama dalam majlis itu ialah Dato Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Glamour la mereka ni nanti...tahniah !!!

 
 pasukan pancaragam sekolah 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan