Jiwang Corner :)

Sabtu, 22 Oktober 2011

Cabaran Catur Bistari Peringkat Daerah Pasir Gudang

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu...

Syukur pada Allah kita masih dapat bernafas untuk meneruskan hidup di muka bumiNYA. Semoga semua pengunjung blog ini sentiasa dalam rahmat Allah. Bagi rakan-rakan guru, nampaknya sempena Deepavali kali ini kita bercuti seminggu.  


Kepada rakan guru lain yg tdk ditawarkan, jangan marah eh. Sejukkan hati anda kerana cuti kami bukan suka-suka tapi telah diganti. Jika merancang untuk pergi cuti-cuti 1Malaysia, berhati-hati di jalan raya yea...pandu cermat gerenti jiwa selamat !

antara peserta yang hadir

Hari ini saya nak kongsikan tentang penyertaan murid sekolah saya ke program ' Cabaran Catur Bistari ' anjuran Johor Corperation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor di peringkat Daerah Pasir Gudang. Ini adalah penyertaan kali pertama dari sekolah saya ke program ini. Sebelum ini, kami tidak dapat sertai memandangkan adanya masalah yang tidak dapat dielakkan.


Persada Johor, JICC

peserta yang terlibat bersama guru pembimbing iaitu Cikgu Noraini, Asnorhisham, Aishah dan guru pengiring iaitu Cikgu Siti Rubiah dan Rosmalina 

Tukang sibuk pun ada kat tepi tu, hehehe...

Pertandingan yang diadakan di Persada Johor, Johor Bahru ini, disertai oleh 34 buah kumpulan kategori sekolah  rendah dalam daerah Pasir Gudang, beberapa kumpulan dari sekolah menengah dan beberapa kumpulan dari kategori terbuka ( jumlah kumpulan daripada kategori sek menengah dan kategori lain tak dapat dinyatakan sebab saya sendiri tak pasti tadi. Ramai sangat !!! ). 

menunggu arahan untuk memulakan permainan  

peserta sekolah rendah, menengah dan terbuka


Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan kegigihan guru-guru program Didik Bistari, Cikgu Asnorhisham, Cikgu Aishah, Cikgu Nurulhuda dan  Cikgu Noraini terutamanya, salah satu kumpulan yang mewakili sekolah saya menjadi Johan dengan kutipan aset dan wang tunai melebihi RM 600 juta. Wow, jutawan segera tuh !!! 


wakil dari SK Masai yg kelihatan cekap bermain

Kumpulan pertama ini terdiri daripada murid  kelas 4 Arif yang dianggotai oleh 5 orang ahli. Walaupun masa latihan agak singkat, namun kejujuran mereka bermain berkonsepkan usahawan muda Islam membuahkan kejayaan kepada mereka. Syukur sangat-sangat kerana saingan sangat hebat. Ramai peserta ada pengalaman bertanding sebelum ini. 


permainan tamat dan penilaian sdg dijalankan

Pada awalnya, saya yang jadi tukang sibuk mahupun guru pembimbing dan guru pengiring tidak berpuas hati dgn pengurusan permainan. Tetapi apakan daya...mungkin rezeki untuk peserta daripada 5 kumpulan lain yang kami hantar tidak memihak kpd mereka. Bagi saya, ada antara mereka yang layak untuk menang tp tak menang!!! Huhuhu....

sempat bergambar dengan jentera buatan tempatan sempena 
Ekspo Beli Barang Malaysia yang sedang berlangsung

pameran kereta myVi turut diadakan

Apapun, tahniah diucapakan kepada mereka yang berjaya kerana akan mewakili daerah Pasir Gudang ke pertandingan peringkat negeri pada awal tahun hadapan.

detik-detik menunggu keputusan pemenang diumumkan

Cikgu Noraini bersama peserta Johan

Kepada anda diluar sana, dah cuba main Catur Bistari ni ke ? Kalau belum, cubalah main dan dapatkannya di KFC berhampiran dgn harga +RM80.00. Hehehe...tolong promote je nih !!!

Baucer KFC bernilai RM350, sijil penyertaan dan 5 set Catur Bistari menjadi milik kami. 
Sebenarnya kami dapat 6 set tapi satu set lagi hilang dalam dewan. Siapalah yang panjang tangan tu. Huhuhu....takde rezeki nampaknya

8 ulasan:

  1. Syabas kepada guru-guru khususnya kdp GB, PK-PK, cikgu noraini,ckgu salmi, ckgu huda, ckgu siti rubiah, ckgu aishah ali, rosmalina, ckgu asnorhisham, ckgu sumardi dan ckgu-ckgu lain.. di atas usaha dan sokong anda dalam menjayakan cabaran catur bistari..tahniah!

    BalasPadam
  2. siapa yg komen ni ek ? apapun terima kasih. kita semua tumpang bangga atas kejayaan mereka.

    BalasPadam
  3. salam cikgu salmi....

    memang best jd kumpulan "johan"

    tp kenapa gambar kumpulan yg menang kt belakang...tak berapa nampak...tak adil betul laaa....hehehee....

    apapun terima kasih atas bimbingan dari semua cikgu2...:)

    BalasPadam
  4. tq kak salmi membantu melatih, mengiringi dan membeli kfc..... thn depan leh la tolong lagi....

    BalasPadam
  5. ahwaz : setakat repoter tak bertauliah bolehlah skit2. hihihi

    BalasPadam
  6. arradhi : tahniah, nanti saya tgk sml koleksi gmbr yg ada. jika ada gmbr muka awk yg jelas, saya akn upload.

    jika nak jd pemain peringkat negeri, kena usaha dan mahirkan lagi. nanti cikgu2 didik bistari akan buat pertandingan dan buat pemilihan semula.

    BalasPadam
  7. cahaya aini : sementara ada masa terluang, insyaAllah boleh tolong lagi jika diperlukan :)

    BalasPadam