Jiwang Corner :)

Sabtu, 27 April 2013

Sekolah Ganti - Cabaran Cilik Bistari

Hari ini sekolah ganti. Biarpun letih bekerja 6 hari setiap minggu pengorbanan harus diteruskan. Pelbagai aktiviti perlu difikirkan untuk mengganti kelas guru yang cuti belajar.
Hari ini JK RIMUP sekolah dengan kerjasama Kelab Didik Bistari telah menjalankan pertandingan Cabaran Cilik Bistari peringkat sekolah. Seramai 110 orang peserta iaitu 22 buah kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut. Murid2 yang tidak terlibat hanya menjalani proses PdP di dalam kelas seperti biasa.
Sepuluh orang guru telah terlibat sebagai juruwang manakala selebihnya dibantu oleh ahli Kelab Didik Bistari. Perlawanan diadakan di ruang kantin SKTM. ( duduk bersila beralaskan tikar, namun syukur dengan apa yang ada sebab takde tempat yang lebih baik ).
Selepas ucapan perasmian oleh GB, semua peserta mula bermain. Sahabat aku merekod masa di mana perlawanan dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan dijadual tamat pada jam 11.30 pagi. Memandangkan ada peserta yang tidak pernah atau tidak biasa bermain, sahabat aku telah memberi taklimat simulasi teknik bermain yang betul.
Alhamdulillah pertandingan berjalan dengan lancar. Pemenang2 telah dikenalpasti dan penyampaian hadiah akan diadakan secara rasmi semasa perhimpunan pada hari Isnin nanti. InshaaAllah...
# Alhamdulillah sebahagian besar hadiah dan sijil ditaja oleh Johor Corporation.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan