Jiwang Corner :)

Selasa, 9 April 2013

Bersedia dengan kunjungan Encik PPD!

Hari ini semua bersiap segia dengan semua dokumen dan fail. Tugas perkeranian mengelilingi guru. Inikah bidang tugas sebenar guru? Erm....siapalah kita untuk bersuara. " Aku yang menurut perintah."
Tahun ini memang tahun yang begitu sibuk. Kunjungan para nazir sedikit sebanyak menganggu emosi semua guru. Mana nak siapkan kerja utama iaitu menanda buku, melengkapkan buku PdP, kerja2 pengurusan kelas mahupun melengkapkan fail.
Awal tahun sekolah kami dikunjungi nazir untuk membuat penilaian kelayakan terima Bai'ah. Akhirnya dah berjaya. Kemudian datang pula nazir untuk membuat semakan keputusan UPSR 2012. Esok pula program Pengarah JPN turun padang di mana pegawai PPD akan membuat penilaian terhadap prestasi sekolah dalam semua bidang. Adehhhh....
Mujurlah fail yang aku uruskan tidak begitu membebankan berbanding rakan lain. Kasihan juga aku melihatnya. Tapi apakan daya itu adalah amanah yang perlu dipikul. Di sebalik amanah yang berat itu pasti ada hikmahnya. Dari situlah pengalaman dikutip. So aku pulun melengkapkan buku RPH terutamanya di bahagian impak. Buku latihan murid nak kena pulun jugak nih. Huhuhu....

1 ulasan:

  1. PPD takdak keje kot...Sekolah saya dah jenuh dikunjungi pelawat....dah naik menyampah pun ada...tapi itulah sebahagian daripada keje kita kan..

    BalasPadam