Jiwang Corner :)

Rabu, 10 April 2013

Encik PPD muncul di awal pagi

Pagi ini perhimpunan unit uniform diadakan seperti biasa. Kawat kaki asas dijalankan oleh guru yang dipertanggungjawabkan. Semua murid dalam keadaan terkawal kerana mereka telah sedia maklum yang sekolah akan dikunjungi oleh pelawat.
Seawal pagi Encik PPD telah munculkan diri di tapak perhimpunan itu menyaksikan kawat kaki. Huhuhu...Apapun alhamdulillah kerana pergerakan murid semuanya dalam keadaan terkawal. Hati mula berbisik, " kelas mana dan cikgu mana yang akan jadi sasaran nanti?" Minta-minta bukan aku. Bukan aku tak sedia tapi biarlah beri pada mereka yang lebih cemerlang daripada aku.
Akhirnya persoalan dijawab. Encik PPD telah masuk ke kelas tahun 6 Bijak iaitu kelas ke empat daripada daripada 9 kelas. Dia duduk selama 2 jam di situ. Berasap le budak2 mahupun guru yang masuk dalam kelas itu.
Selepas 2 jam berada di kelas tersebut dia meronda pula setiap kelas. Papan kenyataan diperhatikan sama ada jadual waktu, jadual tugas, headcount, visi dan misi sekolah telah diletakkan atau tidak. Tetiba aku ternampak dia menggosok cermin tingkap kelas aku. Hah, bab tingkap memang le kantoi. Budak kelas aku dah lama tidak mengelap tingkap. Huhuhu....
Apapun penilaian telah diberi. Alhamdulillah sekolah aku mendapat 96.5%. Namun bahagian pengurusan kelas masih tidak sempurna. Setahu aku pengurusan kelas hanya mendapat 1 daripada 5 markah. Nampaknya semua guru kelas perlu bertindak untuk membersihkan dan menceriakan kelas masing2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan