Jiwang Corner :)

Rabu, 3 April 2013

Keletah Peserta

Jam menunjukkan 10.25 pagi. Bas membelokkan haluan ke kanan jalan  menuju ke Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang. Aku sempat tertidur dalam perjalanan tadi. Perjalanan kami diteruskan menyusuri hutan yang sebelumnya tadi melalui kawasan peneroka FELDA. 

Actually kami tidak melalui lebuhraya malah mengguanakan jalan biasa di mana pemanduan melalui jalan Ulu Tiram-Kulai-Kluang.

Kereneh murid2 dalam bas ini sangat aktif. Masing2 memang tak dapat nak kawal diri lagi. Menyanyi bergurau itu dah jadi kemestian. Argh...memang haru dibuatnya. Ada masanya aku terpaksa tegur. Ada masanya aku terpaksa mendiamkan diri kerana mereka masih dalam keadaan terkawal biarpun aku agak malu dengan pemandu bas tersebut.

Inilah ujian. Mungkin murid dahulu atau zaman persekolahan dulu kita tidaklah seagresif seperti kanak2 sekarang. Moga aktiviti yang akan dijalankan semasa perkhemahan nanti sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya sahsiah diri dalam membentuk kecemerlangan dalam diri. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan