Jiwang Corner :)

Sabtu, 13 April 2013

Mandikan Si Comel

Selepas selesai kendalikan murid dalam teknik menjawab soalan Matematik kertas 2 aku cadang pulang ke rumah. Namun hasrat untuk memandikan si Comel masih terbuku dalam hati. Dah beberapa kali aku tangguh untuk memandikan ia. Kasihan si Comel sedangkan aku menggunakannya pada tahap maksimum.
Dalam perjalanan aku cuba tinjau kedai cuci kereta berdekatan sekolah. Memang banyak pun. Aku cuba menghentikan si Comel di dua tempat namun aku batalkan. Bukan apa, ada pulak orang yang aku kenali di situ. Hehehehe...


Akhirnya aku singgah di Stesen Minyak BHP berhampiran. Waktu panas terik begini tak ramai yang cuci kereta. Aku taip entri ini sementara aku tunggu giliran si Comel dibersihkan.
Mood :  Tak sabar tengok si Comel berkilat semula. Yahooo!

1 ulasan: