Jiwang Corner :)

Selasa, 16 April 2013

Cabaran Catur dan Cilik Bistari Peringkat Negeri Johor

Hari ini hari yang penuh mendebarkan. Pagi tadi aku dan 2 rakan lain berkumpul di kantin sekolah untuk mengiringi 10 orang peserta pertandingan Cilik Bistari peringkat negeri Johor bagi sesi 2012. Untuk pengetahuan, 10 orang murid ini bertanding mewakili daerah Pasir Gudang yang mana mereka telah menjadi Johan dan tempat ketiga dalam daerah pada akhir tahun 2012 yang lalu.

Pemanduan berjalan dengan lancar. Kami sampai di Galeria atau lebih dikenali dengan kompleks Kotaraya JB pada jam 9.10 pagi. Pendaftaran dibuatkan di ruang legar pintu masuk kompleks. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki masuk ke kompleks ini. Nampaknya kompleks Galeria ini masih belum siap diubahsuai sepenuhnya.

Selesai taklimat oleh pihak JCorp, banker yang terdiri daripada pelajar Sekolah Tun Fatimah mengambil tempat masing2. Rasa lega juga sebab aku terselamat daripada menjadi banker. Lagipun matlamat aku nak tengok dan sokong murid2 aku bermain disamping meninjau corak permainan pasukan lain.


Perlawanan dimulakan pada jam 11.30 pagi dan dijadualkan berakhir pada jam 1.30 petang. Aku berdiri memberi sokongan di meja pasukan SKTM B sementara seorang rakan lagi di meja SKTM A. Perjalanan permainan berjalan lancar. Aku cuba memberi isyarat muka kepada peserta aku jika perlu berbuat sesuatu. Banker yang ditugaskan di kumpulan SKTM B ini merupakan guru pengiring dari SK Kota Jaya. Nampaknya dia ada banyak pengalaman bermain dan agak tegas.

Aku rasa lega bila pasukan aku merupakan antara enam peserta yang awal naik ke laluan Jihad Bisnes dan seterusnya ke laluan. ......Aku cuba jalan meninjau ke meja2 kumpulan lain untuk melihat perkembangan pergerakan permainan mereka. Rasa macam ada keyakinan sebab corak permainan peserta yang lain agak perlahan. Ermmmm....perasanlah plak.


Permainan ditamatkan tepat pada jam 1.30 petang. SKTM A berjaya mengumpul aset dan wang ringgit berjumlah RM 69 juta sementara SKTM B mengumpul RM 41 juta. Aku harap dan yakin bahawa kedua2 pasukan SKTM yang mewakili daerah Pasir Gudang ini akan memperoleh nombor lima teratas dari hampir 30 kumpulan.


Kami berhenti rehat untuk makan nasi ayam KFC yang diedarkan sekotak seorang. Selepas itu kami diberi masa untuk menunaikan solat Zohor.

Mood : Tak sabar nak dengar pengacara umumkan pemenang.


Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan